Budaya

Seni bina universiti untuk Malaysia Baru – oleh Prof Dr. Mohamad Tajuddin M. Rasdi

Dalam suasana pelajar-pelajar sedang tercari-cari universiti terbaik untuk mereka menentukan masa hadapan mereka, saya ingin memberi sedikit komentar tentang perancangan saya untuk universiti bagi negara Malaysia yang kini di ambang perubahan.

Selepas pilihanraya umum 2008 terdengar slogan… Ke arah Malaysia Baru! Maka saya pun  teruja untuk mempenakan ide saya untuk menghasilkan mahasiswa yang bertanggungjawab kepada pembangunan manusia secara keseluruhan, bukannya mahasiswa 4.0 ’flat’ yang mementingkan kemewahan dan kemasyhuran diri sendiri.

Bagi saya, soalan pertama yang harus diajukan sebelum merekabentuk sebuah kampus adalah, siapakah mahasiswa yang akan menerajui Malaysia masa hadapan? Saya tidak berminat kepada mahasiswa sebagai seorang arkitek, jurutera, guru atau profession lain. Saya mahu seorang mahasiswa yang berfikiran kritis, suka membaca, mempunyai sifat toleransi dan kasih sayang untuk semua kaum dan penganut ugama serta yang boleh mengurus diri, keluarga dan komuniti dengan sempurna.

Ok..lah kalau dia dapat 3.7 atau 3.85 CGPA. Tetapi kalau pun dia seorang yang 2.5 atau 3.0 tetapi mempunyai ’soft skill’ dan sikap terbaik sebagai rakyat Malaysia, saya kira itu suatu kejayaan universiti yang terhebat!

Maka itu, strategi reka bentuk saya adalah bukan untuk menghasilkan sekolah berasrama penuh atau istana kayangan tetapi suatu seni bina untuk pelajar merealisasikan potensi mereka sebagai pemilik negara ini masa hadapan. Universiti seharusnya menjadi ’makmal’ politik Malaysia masa hadapan.

Pertama, saya akan memberitahu pentadbir, sebagai seorang pelajar, saya mahukan apartment asrama berdekatan dengan kawasan pembelajaran utama saya. Setiap fakulti sewajarnya direka bersama dengan ruang yang mencukupi untuk pelajar menetap dan perjalalanan ke kelas dalam lingkungan 5 minit.

Universiti awam yang terkini, direka seperti istana kecil dan asrama untuk pelajar ditempatkan begitu jauh dari bangunan pembelajaran masing-masing. Ini menimbulkan isu masa, perjalanan dan keselamatan pelajar. Saya tidak hirau jika pentadbir memikirkan yang menempatkan asrama berdekatan dengan fakulti akan mengakibatkan imej ’korporat’ menderita. Ada caranya dan maksud dalam konteks seni bina untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar.

Kedua, saya mahu meminta semua pelajar yang menganut sebarang agama diberi kemudahan yang sepatutnya untuk bersembahyang dan berjemaah di dalamnya. Kenapa orang Muslim sahaja yang diberi sebuah masjid besar? Bagaimana pula yang beragama Hindu, Kristian dan Buddha? Di mana kuil dan gereja mereka? Memandangkan kepercayaan agama ini minotiti, saya tidak merasakan akan terbina sebuah gereja termasyur atau sebuah patung Buddha yang besar di kawasan awam universiti tetapi sudah tentu peruntukan struktur asas untuk menempatkan penyembah mesti disediakan.

Ia boleh ditempatkan di dalam sebuah bangunan tiga tingkat dengan tersedianya setiap kepercayaan pada satu tingkat atau ia boleh ditempat di ruang tanah yang sederhana pada kawasan universiti. Bilik khas untuk pejabat paderi atau rahib mesti disediakan kerana setiap kepercayaan mesti dikaitkan dengan yang terdapat di kawasan universiti.

Ketiga, datangnya kemudahan rekreasi dan terminal perjalanan. Saya merasakan yang ia diperlukan untuk mengadakan ’kompleks membeli-belah’ atau kemudahan seperti itu untuk pelajar merehatkan diri atau ’melepak’ bertujuan menghilangkan stres. Kompleks membeli-belah universiti perlu disertakan dengan tempat boling yang biasa, meja snuker, arked permainan, McDonald’s, Kentucky Fried Chicken, wayang dan meja ping pong.

Kompleks itu juga harus disertakan dengan terminal bas untuk kegunaan 20,000 pelajar pulang ke rumah pada hujung minggu atau meraikan perayaan yang pelbagai di negara ini. Negara ini seharusnya berterima kasih kerana pelajar universiti di Malaysia setia kepada ibu bapanya dan ini menyatupadukan masyarakat kita.

Keempat di dalam senarai impian saya adalah seni bina yang sesuai untuk persatuan pelajar. Di sini adalah tempat di mana ahli parlimen masa hadapan akan menetap, ahli jawatankuasa firma yang penting berjumpa untuk berbincang dan pemimpin tentera dunia baru merancang pelan keselamatan. Jika pelajar terbahagi mengikut kaum seperti yang dilihat pada masa sekarang, dan tidak mampu bekerjasama politik sesama sendiri, maka kita sebagai sebuah bangsa berada di dalam ambang bahaya.

Jika pelajar tidak mampu untuk berinteraksi dengan pemimpin politik sekarang dan korporat maka marilah kita menutup universiti berkenaan kerana ia hanya tidak lebih daripada sekolah berasarama besar. Seharusnya disediakan pejabat yang sesuai untuk badan pelajar, bilik mesyuarat, dan yang paling penting, ruang untuk menggalakkan kebebasan bersuara dan ekspresi dalam konteks etika dan peradaban budaya timur. Dan sepatutnya juga disediakan sebuah bilik untuk menempatkan kerja-kerja pelajar terbaik dan juga dewan termasyur untuk pelajar-pelajar yang paling menyerah dalam bidang sosial, politik dan akademik.

Akhir kata, saya akan memberitahu pentadbir universiti untuk meringankan seni bina ’Pak Guard’ yang melampau dan meruntuhkan pagar atau laluan yang melambangkan simbol seperti di dalam rejim tentera. Saya belum pernah jumpa seorang pelajar yang menghormati pengawal keselamatan yang memberi mereka layanan seperti Hitler melayan orang Yahudi. Marilah kita juga merendahkan lagi imej tersergam indah bak istana bagi bangunan canseleri dan mengubahkannya kepada seseuatu yang memberi maksud yang lebih bermakna sebagai ’servis untuk pelajar’.

Maka itulah ia, pelan terbaru untuk universiti Malaysia terkini. Ini dijamin untuk menghasilkan pemimpin politik yang berwawasan, eksekutif korport yang berperikemanusiaan, dermawan yang bermurah hati dan akhir sekali barulah…seorang professional jurutera atau arkitek yang terbaik.

Akan tetapi, jika kita masih mahu pekerja yang berfikiran biasa, profesional yang tidak mengambil berat, pemimpin politik yang mementingkan diri sendiri, dan eksekutif korporant yang hanya berfikir tentang duit, terdapat banyak universiti awam yang boleh digunakan sebagai contoh seni bina yang menjawab agenda cetek ini. – Roketkini.com

Prof Dr Mohamad Tajuddin M. Rasdi adalah Profesor Jabatan Seni Bina di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia