Budaya

Zhu – too early..too late – oleh Mazir Ibrahim

Cerpen

Tiba-tiba aku disapa, “hei, apa you duduk sorang-sorang? Tak makan ka”.

Rupa-rupanya seorang wanita menegur aku. Dia seorang Cina, umurnya sekitar 40 an, namanya Zhu. Aku kenal dia kerana setiap pagi dia akan berjogging melintasi warung tempat aku bersarapan, jogging padanya adalah dengan berjalan sambil menghayun tangan kedepan kebelakang. Entah kenapa, pagi ini dimenegur aku.

Aku menjemputnya duduk sama dimeja sambil minum pagi.

“You sudah sarapan?”

“Tak mau la, too early” kata Zhu. “Itu hari rumah you masuk pencuri ka?” tambahnya.

“Bukan rumah I la, itu rumah jiran”.

Di kalangan kawasan kejiranan aku, Zhu ini seorang yang rajin ambil tahu hal-hal kejiranan. Kadangkala dia bising jika ada ahli persatuan penduduk yang culas membayar yuran atau yang susah berkomunikasi. Zhu seorang penjual insurans, jadi dia suka dan senang untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun.

“You seorang saja jogging, di mana suami you?”

“ Aiya, satu orang sudah cukup, ma.”

“ Suami buat bisnes apa?” aku bertanya.

Dia tak menjawab, sebaliknya menukar tajuk perbualan.

“Hei, itu hari ha, itu paip pecah, very hard to get SYABAS. I call banyak, my neighbour pun ada call, banyak lambat mau jawab”.

Aku hanya tersenyum.

“You tau, kalau itu call pun susah mau jawab, lagi lambat mau sampai wo, then apa macam mau bikin itu paip pecah, gila la ini orang”. Dia mula bising.

Aku terus tersenyum sambil membiarkan dia merungut, nanti dia penat, pasti dia diam. Dan, aku betul.

“ Eh, I lupa la, you apa kerja?” Tiba-tiba Zhu menukar cerita.

“ Sudah lama kenal, you tak tau I kerja apa ka?”

“ Heh heh, sorry ma. I ingat you bisnes jugak”

“ Tidak lah, I kerja biasa saja,” jawab ku.

“ Ini I mau cerita. Our neighbour pun sudah banyak cerita sama-sama”. Cara Zhu bercakap kali ini dengan merendahkan kepala, gaya cerita orang nak bergosip. Agak lucu caranya. Aku hanya mendengar.

“ Sini tempat kita duduk (taman perumahan kami), itu head committee tak ada bikin kerja la. Sama juga itu YB, tak ada pernah datang ini tempat.”

“Jadi?”

“Aiya, kita mesti tau ma, datang saja sudah cukup jumpa sama kita. No need itu bikin event besar-besar. Kita sama-sama gathering la.”

“Ye la, tapi gathering untuk apa? Siapa mahu belanja itu makan-makan? Ada orang mau datang?” aku mengusiknya.

“Aiya you ni. Itu head committee mesti boleh ajak itu YB datang sini. Orang suka bila itu leader datang sekali-sekali jumpa kita semua, nanti ha, itu kalau ada itu hal, baru mau datang, itu muka buat apa, semua orang tahu ma, itu mau tunjuk muka saja”.

“ Ok lah macam tu, ada keperluan dia datang,” aku terus tersenyum.

“Tak bagus ma, why you meet people just when we had trouble. Kita mesti jumpa sekali-sekali, jangan tunggu itu masa ada hal.” Nada Zhu semakin serius.

Ada logik juga kenyataan Zhu ini. Tapi aku beritahunya yang pada kebiasaannya, orang-orang politik ini selalu sibuk. Lagi besar peranan, lagi sempit masanya. Zhu antara segelintir warga yang mengambil berat tentang hal-ehwal kejiranan di tempat kami, walau dia juga tak punya lebih masa berbanding kita.

Sebelum dia pergi, aku bertanya. “Zhu, bila you mau organise itu gathering?”

Dia menoleh dan tersenyum … “ aiyaa, too late!” – Roketkini.com