Kenyataan Akhbar

Apakah Pelaburan Luar Biasa Yang Dinyatakan Oleh Dr.Koh Tsu Koon Berkaitan Penubuhan Sebuah Pusat Global Dari Amerika Syarikat Pada 16 Mei 2011 Bahawa Beliau Turut MemainPeranan Dalam Membawanya Ke Pulau Pinang?

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Komtar, George Town dan Kuala Lumpur pada 24 Jun 2011.

Apakah Pelaburan Luar Biasa Yang Dinyatakan Oleh Dr.Koh Tsu Koon Berkaitan Penubuhan Sebuah Pusat Global Dari Amerika Syarikat Pada 16 Mei 2011 Bahawa Beliau Turut MemainPeranan Dalam Membawanya Ke Pulau Pinang?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon harus membuktikan bahawa beliau mempunyai keberanian menyatakan pendirian sehingga beliau membuat pengumuman palsu tentang pelaburan oleh salah sebuah firma dari Amerika Syarikat dan bukannya cuba untuk menutup kegagalan beliau dengan satu lagi penipuan. Dr. Koh perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia, apakah pelaburan luar biasa yang dibuat oleh syarikat dari Amerika Syarikat untuk menubuhkan pusat global seperti yang dinyatakan beliau pada 16 Mei 2011, bahawa beliau turut memain peranan dalam membawanya ke Pulau Pinang?

Dr.Koh mendakwa bahawa beliau tidak pernah mengumumkan bahawa Motorola akan melabur sebanyak RM4 bilion di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Koh tidak bersikap jujur. Laporan dalam akhbar-akhbar utama, seperti The Star dan The Sun pada 17 Mei 2011 melaporkan bahawa Koh, mengatakan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan suatu pelaburan luar biasa dalam menubuhkan sebuah pusat global oleh salah sebuah firma dari Amerika Syarikat semasa lawatan beliau ke Amerika Syarikat.

Koh turut menyatakan dalam The Sun pada 17 Mei 2011 bahawa beliau memainkan peranan sebagai penasihat kepada syarikat Amerika Syarikat tersebut dalam proses membuat keputusan untuk melabur, dimana akan diumumkan oleh Najib di New York. Tepat sekali, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 19 Mei 2011 bahawa jumlah pelaburan baru ini, sebanyak RM4 bilion oleh Motorola adalah untuk menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan Global. Pengumuman baru tersebut telah dilaporkan secara meluas dalam semua akhbar termasuklah Bernama, The Star,  The Sun, Utusan, Berita Harian dan juga di laman rasmi MIDA. (Lihat kronologi laporan akhbar di bawah).

Kini Koh mendakwa bahawa pelaburan baru bernilai RM4 bilion adalah suatu kesilapan oleh Reuters. Jika demikian, kenapakah kesilapan sebegini tidak diperbetulkan oleh semua media utama termasuk Bernama? Tidak ada sesiapa pun di Malaysia yang sedar bahawa Najib dan Reuters telah membuat kesilapan dan tiada sebarang laporan pembetulan dilaporkan dalam media di Malaysia. Adakah media rasmi di Malaysia yang mengiringi Najib tidak cekap sehingga mereka tidak memperbetulkan kesilapan bernilai RM4 bilion tersebut? Hal ini tidak boleh jadi.

Pengumuman Najib mengenai pelaburan RM4 bilion telah menggembirakan rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia mengucapkan terima kasih kepada Dr.Koh sekiranya beliau betul-betul membantu dalam membawa masuk pelaburan baru bernilai RM4 bilion ke Pulau Pinang. Tetapi ini Cuma omongan kosong oleh Koh, bukan sahaja mengecewakan rakyat Malaysia dan Pulau Pinang, malah mengaibkan Perdana Menteri kerana membuat pengumumam palsu di hadapan penonton warga asing di Amerika Syarikat.

Jika Motorola bukan syarikat Amerika Syarikat yang membuat pelaburan baru di Pulau Pinang seperti dinyatakan oleh Koh, maka Koh harus menjelaskan apakah jumlah dan manakah syarikat Amerika yang akan membuat pelaburan yang luar biasa kepada Pulau Pinang? Ramai warga Pulau Pinang menggelengkan kepala, walaupun Koh sudah 18 tahun berpengalaman sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang namun masih boleh membuat kesilapan yang memalukan itu.

Bolehkah Koh Tsu Koon tampil ke hadapan dan menyatakan pendirian beliau bahawa beliau telah melakukan kesilapan dan sudi belajar daripada kesalahan serta meningkatkan prestasi beliau dalam jawatan baru beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

LIM GUAN ENG