Budaya

Cara mewujudkan pusat komuniti sebenar

Pemangkin kebudayaan yang baru: Pusat Pembangunan Komuniti

Bahagian Kedua dan terakhir

Oleh Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

Malaysia perlu mewujudkan konsep pusat komuniti sebagai pemangkin kebudayaan baru. Konsep dewan serbaguna harus dilupuskan dan digantikan dengan konsep pusat komuniti seperti di Singapura.

Pusat komuniti ini perlu dibiayai programnya secara sempurna oleh setiap kerajaan tempatan. Pusat ini perlu mempunyai pegawai-pegawai yang berwibawa bagi menjadi ’integrator’ atau penyambung budaya kepada komuniti perumahan Malaysia moden.

Program-program

Salah satu daripada perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai komuniti adalah mendapatkan maklumat-maklumat ’profil sosial’ keluarga-keluarga di sesebuah kawasan perumahan. Profesyen dan kepakaran setiap ahli-ahli keluarga mestilah didokumentasikan dalam pangkalan data. Pangkalan data tersebut memainkan dua peranan penting.

Pertama, ia akan memberi gambaran tentang profil intelektual dan kebudayaan yang akan membantu pegawai-pegawai komuniti menganjurkan program-program mempunyai kokurikulum yang lebih kondusif dan bersesuaian dengan program-program sosial dan intelektual.

Kedua, pangkalan data tersebut akan menyediakan kepada pegawai-pegawai komuniti dengan peluang yang penting dalam mencipta peranan-peranan untuk semua individu di dalam komuniti tersebut.

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, salah satu daripada masalah keruntuhan komuniti di mana perenggangan dan penyisihan berlaku di kalangan individu-individu di dalam komuniti tersebut yang berpunca daripada mitos ’berdikari’ dan pekerjaan ahli-ahli komuniti yang berbeza antara satu sama lain.

Sebagai contoh, seorang guru matematik dalam sesebuah komuniti boleh dicari oleh para pegawai komuniti untuk menjalankan tuisyen mingguan mata pelajaran matematik untuk kanak-kanak di komuniti tersebut. Dengan itu, cikgu tersebut akan merasakan dirinya telah pun mempunyai satu peranan yang penting untuk disumbangkan dalam komunitinya.

Seorang pegawai atau anggota tentera yang telah berpencen boleh diberikan tugasan untuk mengajar dan melatihkan kadet-kadet seperti kadet polis dalam ko-kurikulum sekolah.

Dalam contoh ini, lebih baik jika sekolah yang paling dekat dengan komuniti itu menggabungkan tenaga untuk menyediakan kelab perpustakaan, kumpulan takraw, kumpulan nasyid dan sebagainya yang dapat dikongsi oleh dua buah institusi itu.

Ini adalah peranan terpenting elemen dalam sesebuah pusat komuniti. Ia bukan sahaja mengenai menganjurkan program atau menjalankan aktiviti-aktiviti untuk individu-individu dalam komuniti itu, tetapi inti sarinya adalah, pusat komuniti itu boleh mentakrif dan menginterpretasi semula peranan-peranan daripada individu-individu yang boleh disumbangkan supaya sekali lagi, seseorang itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan entiti manusia yang lebih besar.

Program-program patut diberikan kepada individu-individu yang telah pencen, seorang yang dewasa, remaja, dan kumpulan kanak-kanak.

Individu yang telah pencen boleh mengambil program-program yang lebih kepada keagamaan, politikal, dan kurang menggunakan aspek fizikal, sementara kumpulan orang dewasa patut lebihkan kepada program-program pembangunan intelektual untuk masa hadapan pekerjaan dan politikal.

Sementara orang-orang dewasa yang berkerja tidak mempunyai banyak masa yang terluang, orang-orang yang berumur boleh diberikan peranan-peranan yang lebih dalam kempimpinan sesebuah komuniti dibawah penyeliaan seorang pengarah komuniti.

Program-program untuk para remaja lebih ke arah pencapaian akademik yang lebih baik, seni mempertahankan diri, sukan, dan projek-projek hiburan kekeluargaan seperti menyanyi dalam kumpulan dan lakonan. Kursus-kursus vokasional yang istimewa seperti membaiki kenderaan boleh juga dicadangkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga orang-orang dewasa.

Pengarah komuniti

Dalam masyarakat tradisional dahulu, ’pengarah’ komuniti ialah tidak lain dan tidak bukan, penghulu kampung, yang merupakan wakil pembantu kepada sultan dan ulama dan juga seorang aktivis sosial.

Pada zaman kini, jawatan itu tidak lagi dipandang tinggi dan kadang-kadang juga dipandang dengan sebelah mata. Maka dengan itu, kita memerlukan seorang ’pengarah’ yang baru.

Pengarah komuniti yang saya bayangkan merupakan seorang ahli antropologi yang akan menjadi fasilitator daripada menjadi seorang ahli politik yang hanya mementingkan kewangan sahaja.

Pengarah tersebut, tidak kira lelaki atau perempuan perlulah merupakan seorang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam antropologi di mana dia juga perlu meluangkan dengan kesemua kaum-kaum masa untuk membuat pemerhatian.

Jika diperlukan, kita juga boleh mencipta sebuah kursus ijazah dimana seseorang itu telah pun mengambil mata pelajaran arkitektur, psikologi, pengurusan, antropologi dan sains politik.

Individu tersebut akan menjadi seorang yang boleh mengintergrasikan masyarakat. Jawatankuasa komuniti akan berkerjasama dengan Pengarah Pembangunan Komuniti agar dapat membantu usaha-usaha untuk membangunkan bangsa.

Memajukan usaha penjanaan buah fikiran untuk pembagunan komuniti

Saya mencadangkan untuk menubuhkan sebuah pusat yang dinamakan Pusat Pembangunan Komuniti dan Arkitektur. Pusat tersebut boleh memperoleh bantuan-bantuan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Kerja Raya.

Pusat tersebut merupakan tempat untuk menjana buah fikiran yang juga boleh memperoleh bantuan dari pihak NGO, ahli akademik, dan para profesional.

Pusat itu mempunyai tiga tugasan yang besar.

Yang pertama untuk menjalankan program-program akademik untuk pengajian pasca-ijazah yang akan berurusan dengan kerjasama dua buah bidang antropologi dan arkitektur disertakan dengan bidang-bidang pelajaran aliran sosial yang lain.

Ia akan menggabungkan minda-minda yang paling bagus dan aktivis sosial untuk menjana pangkalan data yang telah dinyatakan sebelum ini, dan juga untuk mencadangkan program-program komuniti yang akan mencipta sebuah komuniti moden yang mempunyai berbilang-bilang budaya yang mempunyai peranan masing-masing dalamnya.

Pusat tersebut juga boleh membantu sebuah fakulti untuk menjalankan kursus sarjana muda dalam antropologi yang minor dalam bidang Pembangunan Komuniti. Sudah ternyata, matapelajaran yang berkaitan dengan subjek minor tersebut akan disediakan oleh pusat itu.

Tugasan penting yang kedua ialah untuk menguji projek-projek prototaip komuniti yang telah diberi teori dalam kursus akademiknya.

Pusat tersebut akan memilih sebuah komuniti dan membantu kepimpinan komuniti tersebut dalam surau-surau, kuil-kuil-kuil dan pusat komuniti itu untuk menjalankan program-program untuk membangunkan pucuk pimpinan sesebuah komuniti kepada yang lebih mempunyai struktur organisasi yang lebih baik dalam memahami secara kritis tentang pungurusan sosial.

Saya pernah berpengalaman dalam menjalankan program-program yang lebih kurang sama dengan kursus kepimpinan untuk pemimpin komuniti yang dijalankan oleh INFRA atau pun Institute for Rural Advancement (Institut untuk Kemajuan Pedalaman) di Bangi.

Kebanyakan daripada modul-modul INFRA boleh dipertingkatkan atau digabungkan ataupun distrukturkan untuk menyediakan program-program kecil yang telah dinyatakan tadi untuk para pemimpin komuniti.

Tugasan ketiga ialah untuk menjadi penasihat kepada polisi kerajaan secara terus di bawah Perdana Menteri atau pun bawah Menteri-Menteri lain. Sudah tentu pusat tersebut akan melayan apa-apa permintaan selepas dibincangkan dan dinilai secara kritikal dan akademik.

Kesimpulan

Strategi Rekabentuk dan program bagi Pusat Komuniti di Malaysia

Apabila Alvin Toffler (1984) menulis bukunya yang berjudul ’Future Shock’ (Kejutan Masa Hadapan), kebanyakan dengan apa yang telah beliau nyatakan tentang ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat yang perlu melalui perubahan dari set pemikiran yang tradisional kepada sebuah set norma budaya yang baru kini sedang berlaku.

Di Malaysia, permasalahan bukan sahaja pada masa hadapan yang akan sampai ke pintu-pintu masyarakat tradisional, terdapat juga bebanan kaum-kaum dan putaran negatif arkitektur.

Untuk membuat sesuatu tentang ketegangan sosial yang dilihat, kita mestilah menggabungkan segala bantuan-bantuan dari segi akademik, profesional, organisasi, dan politikal.

Sedang banyak variasi sosial yang diperkenalkan pada konteks komuniti kita, begitu juga kita harus mengikut permulaan sebuah pemangkin kebudayaan yang baru.

Fungsi Pusat Pembangunan Komuniti dan Arkitektur adalah untuk mengasuh pemangkin baru ini untuk dilepaskan kepada persekitarannya dan pada ketika yang sama, melibatkan diri dalam usaha-usaha untuk memperbaiki organisasi set pemikiran masyarakat kita pada zaman kini untuk menerima elemen baru ini.

Kita harus melantik pemimpin-pemimpin baru yang berminat untuk menyatu-padukan semua kaum agar kita dapat berkerjasama dan berkomuniti bagi kebaikan semua. Mungkin dengan cara ini, kita dapat mengusir segala keraguan mengenai pemahaman sesebuah ’bangsa’ Malaysia. – Roketkini.com

Penulis adalah Profesor Jabatan Seni Bina di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia