Berita

Kerajaan dituntut laksana sepenuhnya dasar kerja 1 peratus OKU

KUALA LUMPUR, 7 JULAI – Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) menggesa kerajaan menguatkuasakan peruntukan satu peratus pekerjaan di sektor awam kepada orang kurang upaya (OKU).

Dalam kenyataan bersama, Presiden SBM Nazari Othman dan Pengerusi Komunikasi dan Akses SBM Loh Kong Ken menyatakan dasar tersebut juga perlu diperluas dan betul-betul dilaksanakan bukan sahaja dalam sektor awam tetapi juga dalam sektor swasta.

Berdasarkan fakta terdapat 1.2 juta pekerja di sektor awam, dan jika satu peratus polisi pengambilan OKU dilaksanakan, maka seramai 12,000 OKU boleh mendapat pekerjaan, jelas kenyataan media oleh SBM yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, tambah kenyataan tersebut, setiap tahun semakin ramai OKU yang meninggalkan sekolah, universiti dan pusat latihan.

“Sementara kenaikan taraf hidup di kota meningkat, yang tidak berjaya mendapat permohonan (pekerjaan) pula terpaksa mencari tambahan kewangan lain.

“Sementara itu, ramai OKU yang mencari peluang pekerjaan dan kesannya juga mengakibatkan pertambahan OKU yang tidak mendapat kerja dan menganggur.

“Dengan melaksanakan polisi tersebut, lebih ramai golongan OKU akan mempunyai peluang pekerjaan, justeru dapat mengurangkan peminta sedekah dijalanan,” katanya.

Dalam kenyataan media yang sama, SBM turut mendesak kerajaan supaya memandatorikan pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh semua ibu bapa atau penjaga mereka agar bilangan sebenar OKU di Malaysia dapat dikenal pasti.

“Dengan langkah ini sahaja, kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bleh merancang atau mengatur langkah memberi pertolongan kepada OKU,” katanya. – Roketkini.com