Uncategorized

DAP bukan untuk orang Cina sahaja

Saya Mat bin Awang lahir di Kuala Terengganu tetapi sudah menjadi orang Kuala Lumpur. Kampung saya di daerah Kuala Terengganu ramai penyokong PAS dan Umno. Saya terdedah dengan fahaman kedua-dua parti itu sejak awal lagi.

Tetapi saya tidak minat dengan kedua-duanya. Saya lebih minat DAP terutama Lim Guan Eng yang bagi saya berjuang tanpa mengira kaum. Dalam beberapa tahun lagi saya yakin DAP boleh menjadi parti nasional dan persepsi perkauman akan terhapus.

DAP bersama dengan parti-parti yang berjuang untuk rakyat perlu menerajui negara. DAP  boleh membawa kemajuan dan keadilan sebenar kepada rakyat. Pemimpinnya berjuang untuk rakyat.

Saya berharap orang Melayu tidak termakan dengan propaganda dan momokan bahawa DAP parti kaum Cina. Kita sudah moden jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah itu.

 

Mat Awang

Kuala Lumpur

13 JULAI 2011-07-14