Kenyataan Akhbar

Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah memberi kebenaran kepada 3 orang Ahli Parlimen untuk melawat Ahli Parlimen Sungai Siput

Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 14 Julai 2011 di KOMTAR, George Town:

Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah memberi kebenaran kepada 3 orang Ahli Parlimen untuk melawat Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Dr Micheal Jeyakumar yang berada di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.

Saya telah mengemukakan permohonan kepada Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar  untuk melawat YB Dr Micheal Jeyakumar pada 12 Julai 2011, beliau membalas surat pada 13 Julai 2011 dan memberitahu bahawa YB Dr Micheal Jeyakumar telah pun keluar daripada Institut Jantung Negara pada 13 Julai 2011 jam 2.30 petang.

Dalam suratnya, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar juga mengatakan bahawa pihak polis membenarkan lawatan ke atas YB Dr Micheal Jeyakumar pada 15 Julai 2011(Jumaat) jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman. Walau Bagaimanapun lawatan ini terhad kepada 3 orang Ahli Parlimen sahaja.

Sehubungan itu, 3 orang Ahli Parlimen yang akan melawat YB Dr. Michael Jeyakumar adalah Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang (DAP), Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub (PAS) dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa (PKR) akan melawat YB Dr Micheal Jeyakumar.

Lim Guan Eng