Berita

BN takut kebenaran, tapis laporan berita

KUALA LUMPUR, 20 JULAI –

Naib Pengerusi DAP M. Kula Segaran berkata bahawa hanya negara yang dikuasai polis akan bertindak sedemikian dalam era internet kerana takut rakyat Malaysia mengetahui keadaan sebenar.

Malah, katanya tindakan itu kurang cerdik dan tidak berkesan kerana laporan penuh majalah mingguan The Economist boleh diperolehi dengan mudah dari internet.

“Nampaknya kerajaan BN masih terikat dengan zaman kongkongan media dan menghidap sindrom menafikan kebenaran,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Para penganalisis laman-laman web yang membuat perbandingan di antara versi cetak yang ditapis dengan versi penuh di internet telah mendapati bahawa bahagian-bahagian yang dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah:

* “…dan seorang lelaki mati akibat sakit jantung” (…and one man died of a heart attack);

* “Perhimpunan itu kemudian diharamkan, walau pun pihak berkuasa menawarkan Bersih sebuah stadium untuk berhimpun – tetapi kemudian menarik balik tawaran itu” (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in – and then withdrew the offer);

* “Taktik keras polis mencetuskan kemarahan; kerajaan kemudian mengalah dengan membenarkan satu siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (yang dirakamkan melalui filem) polis kelihatan seperti menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital di mana peserta perhimpunan sedang berlindung daripada serangan cota polis” (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge). –

Pihak berkuasa masih menafikan mereka bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Polis juga enggan mengakui mereka telah menembak gas pemedih mata ke arah Hospital Tung Shin walau pun beratus-ratus saksi termasuk doctor-doktor yang bertugas ketika itu telah tampil untuk mengesahkan kejadian itu. – Roketkini.com