Budaya

Seni bina dan keharmonian kaum – Oleh Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

3 OGOS – Isu ketegangan perkauman di negara ini timbul lagi. Jika terdapat satu ‘kegagalan’ yang menonjol dari  gabungan kerajaan yang ada , ia adalah perhubungan kaum yang lebih teruk dari yang dahulu.

Ya, negara kita aman damai, tetapi di sebalik kedamaian ini terdapat ketakutan dan kebencian yang akan menghalang warga Malaysia dari kalangan yang terbaik untuk menyumbang ke arah kebaikan negara ini.

Saya ingin menghuraikan satu aspek yang selama ini telah tersembunyi dan aspek ini juga sesuatu yang saya syak menambahkan lagi ketegangan antara kaum kita. Ia adalah pada cara kita mereka cipta bangunan-bangunan dan merancang kawasan perumahan.

Saya berani menyatakan bahawasanya reka bentuk seni bina dan pelan kawasan perumahan memburukkan lagi pehubungan etnik di negara ini.

Kita perlu memperbaharui cara pemikiran kita tentang reka bentuk dan prinsip-prinsip perancangan perumahan jika kita mahu kembali ke jalan yang benar ke arah sebuah bangsa yang mengenal erti kedamaian dan keharmonian yang hakiki.

Tiga aspek reka bentuk yang menggugat hubungan kaum

Isu perancangan dan reka bentuk yang menggugat perhubungan kaum boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama. Pertama adalah reka bentuk rumah teres, kedua adalah pelan kemudahan komuniti dan ketiga adalah bahasa yang digunakan pada bangunan penting kebangsaan.

1. Rumah teres

Mari kita menangani reka bentuk rumah teres. Reka bentuk rumah teres di Malaysia telah menunjukkan perubahan selama empat dekad tetapi ia tetap mengekalkan ciri-ciri asas yang menegangkan perhubungan kaum.

1a. Tingkap

Yang paling menonjol adalah tingkap yang menghadap antara saru sama lain di bahagian depan dan belakang rumah. Situasi yang paling teruk adalah di lorong belakang rumah.

Arkitek telah mereka bentuk tingkap yang sama tanpa peduli tentang isu kesalahan privasi. Tingkap di belakang rumah teres berfungsi bagi ruang dapur dan bilik tidur. Aroma memasak untuk budaya yang berlainan mungkin menegangkan perhubungan sosial yang sihat.

Disebabkan perancangan perumahan yang padat, tiada pergerakan angin di lorong belakang rumah yang boleh membuatkan aroma memasak itu hilang. Kegunaan cerobong asap sama ada dari batu bata atau besi patut diberi pertimbangan oleh pemaju kerana ini boleh menghilangkan aroma itu.

Tingkap bilik tidur sepatutnya direka berbeza untuk mengelakkan perlanggaran visual. Seperti sekarang, penyewa rumah menarik langsir untuk mengelakkan pandangan tetapi tetap memerlukan cahaya dan pengudaraan.

Ini menambahkan pengggunaan tenaga untuk penyejukan dan cahaya. Reka bentuk tingkap sepatutnya dibahagikan kepada yang memberi cahaya dan pengudaraan  dan masih memberi pemandangan.

Saya mencadangkan tingkap riben lebih dari lima kaki direka sehingga ke siling untuk memberi cahaya dan pengudaraan yang maksimum.

Untuk pemandangan yang terhad, saya mencadangkan belahan kecil tingkap satu kaki lebar diletakkan di sudut-sudut dari di pertengahan dinding. Belahan kecil ini sepatutnya  yang dalam atau rangka konkrit dengan anggaran sekaki dalamnya untuk menghadkan kebolehan pemandangan dari luar.

Masharabiya Islam boleh juga menjadi penyelesaian yang menarik kerana ia membenarkan pemandangan dari dalam ke luar dan bukan yang sebaliknya.

Cara lain adalah dengan melanskap kembali lorong-lorong dan jalan hadapan dengan pokok tetapi ini akan menghalang sinaran matahari untuk mengeringkan pakaian. Barangkali kita boleh juga menyidai pakaian di atap rumah dari di aras bawah.

1b. Halaman rumah

Aspek lain mereka bentuk rumah yang diambil kira adalah reka bentuk halaman rumah. Saya perlu bersabar dengan jiran berbangsa Cina saya yang membakar colok yang membenarkan asap yang menyinggung memasuki ruang tamu saya.

Saya terpaksa menutup pintu kaca saya yang mengehadkan peredaran udara. Patutkah kita melarang upacara ini dari diamalkan? Semestinya tidak.

Penyelesaian yang mudah adalah membina cerobong asal besi direka ke dalam ruang siling halaman.

Suatu senario yang paling membahayakan adalah jiran yang menghidupkan enjin kereta untuk sementara dan membiarkan gas beracun karbon monoksida ke dalam rumah sebelah. Sekarang ini, kebanyakan orang memanjangkan halaman mereka untuk meliputi ruang serambi sepenuhnya.

Saya mencadangkan lebih halangan patut dibina selain dari jarak minima 20 kaki. Dengan cara ini, sebuah serambi yang berukuran dua puluh kaki meliputi sepenuhnya kereta boleh menjadi ciri rumah Malaysia tetapi penambahan ekstra 10 kaki tanpa atap dan ruang berpagar membenarkan kereta dibiarkan terpasang dengan kurang peluang asap memasuki ke dalam rumah.

2. Pelan kemudahan komuniti

Sekarang kita menyentuh pelan perancangan perumahan estet selain dari hanya reka bentuk rumah.

2a. Kemudahan berjalan kaki

Saya telah banyak menulis rencana tentang bagaimana kita perlu berjalan kaki  dalam perumahan dan ini dapat menyelesaikan segala masalah-masalah yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, kesihatan sosial, kesihatan ekonomi, kesihatan alam sekitar dan keselamatan persendirian.

Dengan berjalan ke kedai dan tadika, daripada kita memandu, kita boleh memperoleh kesihatan yang lebih baik. Kita jimat duit yang digunakan untuk minyak dan kurang mencemarkan alam sekitar.

Dengan kadar pergerakan yang lebih perlahan, kita boleh bertegur sapa dengan jiran-jiran dari memandu melepasi mereka semasa berada di dalam kereta yang 100 peratus berhawa dingin dan diwarnai hitam untuk menghalang sinaran matahari dan pemandangan orang luar.

Jika kita mengenali semua orang, kata dapat membina ruang yang boleh dipertahankan dari orang asing yang merancang untuk membuat jenayah. Jika estet perumahan dipenuhi dengan  orang lalu lalang saya hampir boleh menjamin yang jenayah dapat disekat.

Tetapi bagaimana kita boleh menggalakkan budaya berjalan?

Wajibkan pembinaan pejalan kaki di tepi jalan raya. Wajibkan menanam pokok yang redup. Tempatkan pondok wakaf dan perabot sederhana di tepi jalan raya untuk menjadikan tempat berehat dan tempat untuk ibu-ibu dan kanak-kanak menunggu bas.

Bina gerai atau pondok untuk menjual surat khabar dan goreng pisang yang mudah digunakan dan memberi kemudahan untuk bisnes kecil-kecilan yang ada potensi untuk membina pusat kegiatan sosial di dalam komuniti.

Tempatkan sekolah, perpustakaan, masjid, kuil, pusat komuniti dan kedai dalam jarak berjalan yang dekat supaya ia memberi galakan untuk berjalan daripada memandu. Promosi mengayuh basikal di kalangan rakyat dengan membina jalan kecil atau lorong dan juga tempat memakir basikal.

Ia sangat mudah. Dengan mengadakan semua ciri-ciri ini tanpa pokok palma dan tiang lampu yang berhias, kita sudah menempatkan element-element yang strategik yang membolehkan interaksi perkauman dan komuniti.

2b. Bangunan komuniti

Seterusnya adalah bangunan komuniti. Pastikan terdapat masjid, kuil dan gereja yang memainkan peranan sebagai nod komuniti untuk persefahaman diantara kaum. Reka semua kemudahan ini dengan mesra alam dan halaman berlanskap.

Hapuskan ruang memarkir kereta untuk membenarkan konsep terbuka dan undangan daripada pagar yang tertutup dan kawasan bertar untuk memarkir kenderaan.

Gantikan halaman hadapan dengan taman permainan dan gerai kopi dengan kerusi serambi.

Janganlah kita bersifat megah dengan masjid gergasi Ottoman atau kuil dan gereja yang memiliki elemen-elemen Chatres Cathedral.

Garisan moden yang mudah dibuat secara meluas yang mengandungi kerendahan hati dan keadaan berliang tropikal sepatutnya menjadi bahan utama untuk kosa kata seni bina. Atau kita imbas kembali pada masa apabila masjid Nusantara meniru pagoda Cina seperti bentuk bumbung untuk mengilustrasi sikap toleransi agama.

3. Bahasa monumen kebangsaan

Akhirnya, kita lihat pada reka bentuk monumen kebangsaan, terutama di Putrajaya.

Saya sudah menulis dan bercakap mengenai bagaimana bangunan Parliamen Malaysia berbeza dalam konsep seni bina dari bangunan Jabatan Perdana Menteri. Satu adalah manifestasi sosialis manakala yang satu lagi lebih kepada Istana Perancis dalam kemewahannya.

Marilah kita mengingati bahawasanya kita adalah satu negara yang demokrasi dan mengingatkan pemimpin-pemimpin yang mereka tidak akan menggantikan Sultan-Sultan di negara ini.

Negara ini diperintah oleh rakyat biasa yang sepatutnya mengundi pemimpin yang terdiri dari rakyat biasa juga untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan.

Negara ini bukanlah autokrasi dalam membuat undang-undang dan Perdana Menteri perlu berhati-hati dengan anggota keluarga memegang jawatan dalam memerintah negara. Kita tidak mahu sebuah dinasti wujud di Malaysia.

Pertama, untuk bangunan pentadbiran, sila buang perbendaharaan kata seni bina feudal dan fokus lebih kepada kerendahan hati organik seperti yang dicadangkan dari arkitek terulung Frank Lloyd Wright.

Kedua, janganlah kita meliputi bangunan itu dengan satu bahasa etnik sahaja. Kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum.

Sama ada mereka bentuk bangunan itu dengan memilih daripada pelbagai sumber bahasa Melayu, Kadazan, Iban, Cina dan India atau menghindari dari merujuk dan mengutamakan satu bahasa sahaja.

Apabila arkitek Raymond Honey ditugaskan untuk mereka Dewan Jubli di Johor Bahru, Sir Gerald Templer meminta dia mencuba stail ‘Malaysian’ dengan mempelbagaikan sumber. Bangunan Parliament dari Ivor Shipley mengandungi pendekatan tidak-etnik dan hanya mementingkan senibina tropikal yang mengandungi nada wilayah.

Bagaimana kaum-kaum di negara ini berupaya melihat sebuah bangunan yang mengagungkan hanya satu bangsa?

Kesimpulan

Maka, seperti saya sudah berkata dalam banyak ceramah dan penulisan, seni bina boleh menjadi pembina tamadun dan pemusnahnya juga.

Seorang arkitek merisaukan saya apabila dia bertanya bagaimana seni bina boleh memainkan peranan dalam ‘pembinaan bangsa.’

Seni bina adalah rumah manusia. Ia adalah manifestasi ritual, kelakuan dan kepercayaan. Jika kita boleh menegaskan kesejahteraan bangsa yang ideal, seni bina dapat menyediakan pentas untuk perhubungan kaum yang lebih baik.

Tetapi jika kita masih mahu merancang dan mereka dalam cara yang masa kini tanpa memikirkan tentang perlanggaran privasi, kemudahan bersama dan bahasa demokratik seni bina, kita pasti akan mengukir suatu jalan ke arah kehancuran keharmonian kaum. – Roketkini.com

Penulis adalah Profesor Jabatan Seni Bina di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

Cadangan perancangan perumahan yang mesra pejalan kaki oleh Saudari Noorfazlenamwati dari UTM. Pejalan kaki tidak akan bertembung dengan kenderaan. Terdapat banyak ruang-ruang untuk berinteraksi bagi keharmonian kaum. Terdapat kawalan privasi yang baik bagi menghormati budaya kaum-kaum di Malaysia