Berita

Pasar Ramadhan di Pulau Pinang

GEORGETOWN, 5 OGOS – Bulan puasa yang mulia ini diserikan lagi dengan pelancaran Pasar Ramadhan Bayan Lepas yang menyediakan pelbagai juadah berbuka.

Pelancaran itu yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Isnin lalu telah disertai ramai penduduk tempatan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof dan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sempena pelancaran itu, satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh Pegawai Penyelaras DUN Bayan Lepas Cikgu Asnah Hashim yang juga Ketua Muslimat PAS Bayan Lepas bersama dnegan JKKK Bayan Lepas. – Roketkini.com