Berita

Ramadhan bersama DAP

23 OGOS – Ramadhan bukan sahaja bulan yang berkat tetapi juga masa untuk berbakti kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dan pertolongan.

Sebagai parti berbilang kaum yang menghormati insan pelbagai agama, DAP turut tidak ketinggalan dalam menyumbangkan bakti setakat mana yang termampu.

Selain Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang sentiasa sibuk memenuhi keperluan rakyat, wakil-wakil rakyat DAP yang lain juga turut berusaha memastikan tekanan dan penderitaan hidup golongan berpendapatan rendah dapat dikurangkan.

Di Johor, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hua telah mengadakan beberapa program sepanjang Ramadhan untuk menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada umat Islam di sekitar kawasan Parlimen beliau.

Turut memberi sumbangan, bukan sahaja juadah berbuka tetapi juga sumbangan barang keperluan keluarga di bawah Program Sinaran Matahari DAP, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan Gwee Tong Hiang, kepada keluarga yang memerlukan.

Di Negeri Sembilan, Adun Bahau Teo Kok Seng juga member sumbangan berbuka serta persediaan Hari Raya Aidilfitri di kawasannya. Malah dalam kesibukan itu, beliau turut melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir dalam minggu-minggu yang lalu.

Di Selangor, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching terus melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai wakil rakyat, bukan sahaja dengan mewalat kawasan tetapi juga menjenguk dengan lebih dekat masalah-maslaah rakyat berpendapatan rendah, termasuk menghulurkan bantuan dan sumbangan Ramadhan.

Malah banyak lagi di negeri-negeri lain di mana bukan sahaja wakil rakyat DAP tetapi juga pemimpin akar umbi serta ahli-ahli parti yang giat bersama rakyat di pekan dan di kampung sepanjang Ramadhan ini. – Roketkini.com