Berita

Kesesakan lalu lintas Seri Kembangan bakal diatasi segera

SERI KEMBANGAN, 26 DIS – Kesesakan lalu lintas di kawasan Seri Kembangan akhirnya akan dapat diatasi dengan pelaksanaan projek memperbaiki sistem lalu lintas oleh kereajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah berkata bahawa projek tersebut akan libatkan 4 pakej, iaitu:

* Perubahan sistem sirkulasi lalu lintas dari jalan dua hala ke jalan sehala di sebahagian Laluan 3215 (Jln Besar), Jalan Raya 1, Jalan SK 1/10.

* Pembinaan sambungan jalan baru menghubungkan Jalan Raya 1 dan Jalan SK 1/10.

* Menaik taraf jambatan sedia ada merentasi Lebuhraya KL-Seremban (PLUS), menaiktaraf Persimpangan Laluan 3215/Jalan Utama, menaiktaraf Laluan 3215 di antara Persimpangan Jalan SK 1/10 dan Persimpangan Jalan Jinma 7, dan menaiktaraf Persimpangan Laluan 3215/Jalan Raya 5 dan Persimpangan Laluan 3215/Jalan SK 6/1.

* Menaik taraf Jalan Raya 4 bermula dari Bulatan Jalan Raya 3/Jalan Raya 2/Jalan Raya 1 ke Persimpangan Jalan Raya 4/Jalan Raya5 dan menaiktaraf Jalan Raya 5 bermula dari Laluan 3215 ke Persimpangan Jalan Raya 4.

Menurut Ean Yong yang juga Adun DAP Seri Kembangan, projek itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Selangor setelah satu kajian yang terperinci dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Kajian tersebut melibatkan 26 persimpangan dan keluasan sebanyak 365 ekar di kawasan pekan Seri Kembangan dan Seri Serdang. Projek tersebut akan mula dijalankan awal Januari depan. – Roketkini.com