Berita

Sambutan hebat tahun baru 2012 di Pulau Pinang

Gambar-gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

GEORGE TOWN, 1 DIS – Beratus ribu orang memenuhi pelbagai destinasi di Pulau Pinang untuk menyambut kedatangan tahun baru 2012 tengah malam tadi.

Lebih 100,000 orang berkumpul di Padang Kota Lama di sini untuk meraikan kedatangan tahun baru yang diharap dapat membawa perubahan baik kepada semura rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hadir sama bersama ratusan ribu warga anak negeri untuk meraikan sambutan itu bersama dengan pengisytiharan sambutan Hari Bandaraya George Town ke-55.

Pelbagai acara muzik, tarian dan nyanyian serta pertunjukan bunga api diadakan untuk menghiburkan hadirin, termasuk pelancong tempatan dan antarabangsa yang mula bertandang sejak lewat petang semalam.

Turut menghiburkan penonton adalah band popular masakini Bunkface yang menonjolkan persembahan hebat yang menjadi kegilaan anak-anak muda.

Turut hadir adalah barisan pimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang termasuk exco-exco negeri Abdul Malik Kassim, Law Heng Kiang dan Lim Hock Seng serta Yang Dipetua Majlis Perbandaran Pulau Pinang Hajjah Patahiyah Ismail dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Maimunah Shariff. – Roketkini.com