Berita

Program Anak Emas Pulau Pinang: Kata dikota

Gambar-gambar ehsan http://www.facebook.com/buletinmutiara dan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

GEORGE TOWN, 3 JAN – Minggu pertama tahun baru 2012 dipenuhi dengan usaha mengotakan janji-janji Pakatan Rakyat termasuk di Pulau Pinang di mana ribuan ibu bapa kepada bayi-bayi yang baru telah menerima pemberian wang tunai RM200.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menyampaikan sumbangan ikhlas kerajaan Pakatan kepada ibu bapa bayi-bayi berkenaan di beberapa kawasan di seluruh pulau dan tanah besar pada minggu ini.

Ibu bapa boleh mendaftarkan bayi mereka dengan Program Anak Emas di pejabat Ahli Dewan Negeri (Adun) atau Pegawai Penyelaras DUN di kawasan masing-masing serta di pejabat-pejabat daerah.

Untuk melayakkan diri bagi menerima sumbangan “one-off” (pemberian sekali sahaja) itu, sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa perlu mengesahkan diri sebagai pengundi berdaftar di Pulau Pinang.

Apabila diluluskan program itu pada petengahan tahun lalu, sumbangannya adalah RM100 tetapi berikutan kejayaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang melaksanakan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) yang menyekat rasuah dan penyelewengan, lebihan perbelanjaan telah membolehkan nilai sumbangan dinaikkan kepada RM200 untuk bayi-bayi yang lahir mulai 1 Januari lalu. – Roketkini.com