Berita

DAP bantu kanak-kanak sekolah

TRONOH, 11 JAN: Murid-murid yang memerlukan dari keluarga berpendapatan rendah gembira mendapat bantuan beg sekolah daripada DAP.

Dalam satu majlis di sini semalam, Adun Tronoh V. Sivakumar menyampaikan bantuan beg sekolah tersebut kepada murid-murid yang hampir kesemuanya dari SJKT Tronoh.

Ini merupakan satu lagi program mesra rakyat yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Tronoh yang turut dihadiri oleh Vijakumar, bekas Ahli Majlis Daerah Batu Gajah yang juga Pengerusi DAP cawangan Batu Gajah Utara.

“Sokongan untuk DAP dan Pakatan Rakyat nyata lebih baik di kawasan  Pekan Tronoh.  Dalam PRU12, DAP tidak menang di Pekan Tronoh kerana pengaruh yang lembap di kawasan pekan itu.

“Tetapi, selepas PRU12, keadaan adalah sangat berbeza di Pekan Tronoh. Oleh kerana DAP  kerap turun padang bersama wakil rakyat  di kawasan itu, maka sokongan kepada parti DAP telah meningkat berlipat kali ganda,” kata Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak. – Roketkini.com