Budaya

Kelicikan perkasa – Oleh Pena Binari

terlebih cukup kebodohan, kebencian melampau

hati mereka menagih kuasa setiap masa

 

dan terhebat dalam membunuh, adalah yang berkhutbah menentangnya

dan terhebat dalam membenci, adalah yang mengkhutbahkan cinta

dan terhebat dalam peperangan… akhirnya adalah mereka yang mengkhutbahkan keamanan

 

perkasa, hablur lebur dalam jujur dalam kurangnya kasih

 

sesiapa mengajar ketuhanan, perlukan tuhan

sesiapa mengajar keamanan, tiada keamanan

sesiapa mengajar keamanan, tiada rasa cinta

 

berjaga-jaga dengan perkasa

berjaga-jaga dengan yang maklum

berjaga-jaga dengan keperkasaan yang tidak putus dahagakan berita

berjaga-jaga dengan perkasa yang sama ada meluatkan kemiskinan

atau yang berbanggakannya

 

berjaga-jaga dengan yang cepat memuji

kerana mereka dahagakan pujian

berjaga-jaga dengan yang cepat menapis

mereka takut dengan apa yang mereka tidak tahu

berjaga-jaga dengan pencari, pengikut buta

perkasa takut bersendirian

berjaga-jaga dengan lelaki perkasa, perempuan perkasa

berhati-hati dengan cinta-benci mereka, cinta mereka cinta sederhana

dahagakan cinta, melaungkan kebencian

 

bagaimana pun terdapat kelicikan dalam kebencian mereka

kebencian licik cukup untuk membunuh kamu

untuk membunuh sesiapa

yang tak perlukan kesunyian

yang tak memahami kesunyian

mereka akan berusaha memusnahkan segalanya

yang berbeza dari mereka

tiada upaya mencipta seni

malah tak memahami seni

mereka menganggap kejayaan mereka sebagai kejayaan tuhan

cumalah kejayaan alam ciptaan sendiri

tiada upaya sepenuhnya mencintai

mereka percaya cinta kamu tak sempurna

dan mereka akan bencikan kamu

maka kebencian mereka akan sempurna

 

bagai kilauan permata

bagaikan pisau

bagaikan bukit-bukau

bagaikan harimau

bagaikan bunga durjana

seni terhebat mereka

*Diterjemah, diubah suai dari puisi Charles Bukowski bertajuk ‘The Genius of the Crowd” untuk diperkasakan dalam hati nurani pejuang perkasa, dan petugas roketkini.com