Kenyataan Akhbar

LAPORAN KRONOLOGI TENTANG PEMBAYARAN RM 14,678.135.50 OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Dalam laporan suratkhabar pada 7hb Februari 2012, BN Pulau Pinang dan 8Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dato Dr Teng Hock Nan telah membuat tuduhan serius dalam skendal tanah Tang Hak Ju, yang berlaku semasa pemerintahan BN, terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dato Dr Teng menuduh YAB Lim lebih suka membuat bayaran sebanyak RM14,678.135.50 kepada Tang Hak Ju demi kepentingan peribadi. Ini adalah suatu fitnah serius terhadap Ketua Menteri bahawa beliau telah bertindak berkaitan wang rakyat demi kepentingan peribadi. YAB Ketua Menteri telah meminta Dato Dr Teng untuk menunjukkan bukti. Sekiranya Dato Dr Teng tidak menunjukkan bukti maka Dato Dr Teng harus menarik balik kenyataan dan meminta maaf secara terbuka. Kegagalan Dato Dr Teng berbuat demikian akan memaksa YAB Ketua Menteri mengambil tindakan saman malu fitnah ke atas Dato Dr Teng di mahkamah.

LAPORAN KRONOLOGI OLEH PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG PULAU PINANG PADA 9 hb FEBRUARI 2012 KEPADA YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG TENTANG PEMBAYARAN RM 14,678.135.50 OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG ATAS PERINTAH MAHKAMAH RAYUAN DAN PERSEKUTUAN DALAM SKENDAL TANAH TANG HAK JU

ANTARA

TANG HAK JU                                                                                             ….PLAINTIF

DAN

1.         PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG

2.         PENDAFTAR HAKMILIK TANAH PULAU PINANG

3.         PENTADBIR TANAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

…DEFENDAN-DEFENDAN

BIL.

TARIKH

PERKARA

 

1.

 

27.9.2005

 

Tang Hak Ju (Plaintif) telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Defendan-Defendan) melalui Saman Pemula No.24-151-2005 di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menuntut:

 

(a)Kehilangan pendapatan bersih daripada penjualan batu granite yang boleh dilombong dari tanah dan hereditamen yang dipegang di bawah HS(D) 49060 dan dikenali sebagai    PT91,Mukim 20, Daerah Seberang Perai Tengah, Negeri Pulau Pinang (tanah tersebut)

(b)Perbelanjaan       terbuang

(c)Kerosakan goodwill

(d)Perbelanjaan sub kontraktor

 

2.

 

4.10.2005

 

Plantif menang bila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan bahawa Defendan-Defendan adalah bertanggungan kepada Plaintif dan mengarahkan agar Defendan-defendan membayar gantirugi kepada Plaintif seperti yang dituntut dan jumlah kerugian tersebut akan ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

 

3.

 

24.1.2006

 

Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tersebut di atas melalui Rayuan Sivil No: P-01-84-2005. Malangnya rayuan difailkan melebihi tempoh masa yang ditetapkan. Defendan-defendan di dalam rayuan tersebut telah memfailkan permohonan untuk perlanjutan masa untuk memfailkan Rekod Rayuan kerana Defendan-defendan sudah melebihi tempoh masa pengfailan rekod rayuan.

 

 

4.

 

27.2.2006

 

Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Defendan-defendan untuk melanjutkan masa untuk memfailkan Rekod Rayuan tersebut dan keputusan liabiliti Defendan-Defendan seperti yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang adalah dikekalkan.

 

 

5.

 

21.9.2007

 

Taksiran Gantirugi bagi kes Saman Pemula No: 25-151-2005 telah dibicarakan dihadapan Timbalan Pendaftar pada  dan Timbalan Pendaftar telah memutuskan :

i)          Kehilangan pendapatan    bersih  daripada       penjualan batu granite yang boleh     dilombong dari tanah dan hereditamen yang   dipegang di bawah HS(D)             49060 dan dikenali             sebagai PT91,Mukim 20,    Daerah Seberang    Perai             Tengah, Negeri Pulau Pinang (tanah     tersebut) adalah berjumlah      RM28,248,000.00

ii)         Perbelanjaan terbuang adalah berjumlah             RM658,271.00

iii)        Kerosakan goodwill adalah berjumlah    RM450,000.00

Jumlah keseluruhan pampasan gantirugi RM29,356,271.00 bersama-sama faedah di atas jumlah gantirugi tersebut pada kadar 8% dikira dari 24.1.2005 sehingga penyelesaian penuh dan kos-kos untuk taksiran gantirugi yang akan ditetapkan.(Adalah dianggarkan faedah sebanyak RM 10 juta.

 

6. 25.9.2007 Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Timbalan Pendaftar melalui Notis Rayuan kepada Hakim Dalam Kamar dan permohonan tersebut ditolak dengan kos.
 

7.

 

26.9.2008

 

Plaintif telah memfailkan permohonan bagi Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No: 25-103-2008 menuntut agar Defendan-Defendan membayar kepadanya jumlah penghakiman dan faedah sebanyak RM29,356,271.00 seperti yang diputuskan oleh Mahkamah.

 

 

8.

 

19.2.2009

 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan 50% daripada jumlah penghakiman gantirugi iaitu sebanyak  RM14,678,135.50 dideposit ke akaun Mahkamah sementara menunggu keputusan rayuan

 

 

9.

 

18.5.2009

 

Defendan-defendan telah mendeposit pampasan gantirugi sebanyak  RM14,678,135.50 ke akaun Mahkamah Tinggi Pulau Pinang seperti yang diperintahkan.

 

 

10

 

20.7.2009

 

Plaintif telah memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 19.2.2009 melalui Rayuan Sivil No:P-01-38-2009 dan memohon agar bayaran dibuat terus kepada akaun Plaintif.

 

Mahkamah Rayuan telah memutuskan pada 20.7.2009 bahawa jumlah wang RM  RM14,678,135.50 dibayar terus ke akaun Plaintif.

 

11

 

28.7.2009

 

Defendan-defendan memfailkan permohonan untuk menggantung pelaksanaan ke atas perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 20.7.2009 atas faktor-faktor berikut:

 

i)          Plaintif ialah seorang  individu dan status         kemampuan untuk membayar semula    RM14,678.135.50  adalah dipertikaikan.

ii)        Plaintif mempunyai tahap dan status      keberhutangan yang tinggi, dan

iii)        Wang tersebut ialah hasil             kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan untuk        pembangunan negeri dan rakyat Pulau Pinang.

 

 

12.

 

14.10.2009

 

Mahkamah Rayuan membatalkan permohonan Defendan-Defendan dan mengarahkan  RM14,678.135.50  dibayar terus ke akaun plaintif.

 

 

13.

 

17.10.2009

 

Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan melalui Rayuan Sivil No: 08(F)-197-2009(P) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan agar pampasan gantirugi tersebut dibayar terus lepada Plaintif

 

 

14.

 

27.10.2009

 

Permohonan Defendan-Defendan kepada Mahkamah Persekutuan ditolak yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Perseketuan memerintahkan agar wang gantirugi  RM14,678.135.50  tersebut dibayar terus kepada Plaintiff.

 

 

15. 11.1.2012 Mahkamah Rayuan telah membicarakan permohonan rayuan Defendan-Defendan melalui Rayuan Sivil No: P-01-372-2009 terhadap keseluruhan taksiran gantirugi RM29,356,271.00 dan Mahkamah Rayuan pada 11.1.2012 telah memutuskan ia dikurangkan kepada RM 587,055 seperti berikut :

(i)         Jumlah gantirugi untuk kehilangan pendapatan          bersih yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi           berjumlah RM 28,248,000 yang diawadkan kepada plaintif adalah diketepikan dan diremitkan kembali ke             Mahkamah Tinggi untuk ditaksirkan semula berdasarkan prinsip-prinsip tort.

(ii)        Jumlah Gantirugi untuk perbelanjaan terbuang             sebanyak RM 658,271 yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada plaintif di     kurangkan sebanyak RM176,486.00 kepada           RM587,055.00.

(iii)       Jumlah gantirugi untuk kerosakkan goodwill    sebanyak RM 450,000 yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi             kepada plaintif adalah diketepikan.

(iv)       Perintah Mahkamah Tinggi mengenai faedah adalah dikekalkan dan

Plaintif hendaklah dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah tersebut iaitu sebelum 11.2.2012 untuk mengembalikan jumlah wang yang telah dibayar oleh Defendan(kerajaan negeri) kepadanya sebanyak RM 14,091,080.50 selepas menolak RM 587,055.00 daripada  RM14,678.135.50 .

16. 9.2.2012 Plaintif telah memohon stay of execution di Mahkamah Persekutuan untuk pembayaran RM 14,091,080.50 dan pendengaran hari ini ditangguhkan ke 16 Februari 2012