Berita

Penyokong Lynas ganas, serang wartawan dan kereta Ketua Menteri Pulau Pinang

Gambar-gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

GEORGE TOWN, 27 FEB: Kumpulan yang mahu kilang sisa toksid Lynas dibina di Malaysia dipercayai telah menyerang dua wartawan serta menendang dan menghentak kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sewaktu perhimpunan aman anti-Lynas di sini petang semalam.

Dalam kejadian di Dataran Pidato di sini, wartawan Kwong Wah Yit Poh, iaitu Adam Chew dan Lee Hong Chun, dikatakan telah dihentak dengan topi keledar di kepala mereka apabila kumpulan pro-Lynas menyerang peserta perhimpunan aman tersebut.

Perhimpunan aman itu diadakan oleh rakyat pirhatin Pulau Pinang sebagai tanda sokongan kepda Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Pahang semalam.

Guan Eng bersama ahli-ahli exco kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang turut hadir dalam perhimpunan aman itu.

Bagaimana pun, sewaktu beliau menaiki semula keretanya untuk pulang, beberapa orang dari kumpulan pro-Lynas telah menyerang keretanya dan cuba menghalang kenderaan itu daripada bergerak.

Menurut laporan media, pihak polis tidak membuat sebarang tangkapan setakat ini.

Sementara itu, Guan Eng telah melawat Adam Chew di Bilik Kecemasan Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam tadi.

Chew yang dipukul di kepalanya dikatakan pening dan mual serta kabur penglihatannya. Seluar yang dipakainya juga terkoyak, dipecayai akibat serangan kumpulan pro-Lynas. – Roketkini.com