Berita

Hapuskan tol tidak akan jadikan Malaysia bankrap, kata Guan Eng

Gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

BUTTERWORTH, 1 MAC: Malaysia tidak akan bankrap jika Pakatan Rakyat memansuhkan tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan Jambatan Pulau Pinang, malah rakyat akan menikmati kesan pengurangan beban ekonomi keluarga.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, yang akan menjadikan Malaysia bankrap adalah amalan rasuah yang berleluasa, selain penyalahgunaan kuasa dan kronisme yang melampau dalam kerajaan yang sepatutnya bertindak sebagai pengurus yang bijak.

Jelasnya, penghapusan tol NSE dan Jambatan Pulau Pinang oleh Pakatan Rakyat apabila memerintah nanti adalah perkara yang baik dan benar dari segi etika dan moral.

“Yang tidak berhati perut dan tidak adil kepada rakyat adalah hakikat bahawa syarikat-syarikat pengendali tol sedang mengaut keuntungan yang sangat tinggi walau pun kos pelaburan asal untuk pembinaan sudah habis dikutip,” katanya dalam satu ucapan di Dewan Besar Sungai Dua, Teluk Air Tawar dekat sini semalam.

Ucapan itu adalah hujahnya untuk bagi acara debat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang telah dijemput datang tetapi gagal hadir.

Jelas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, kos maksimum untuk memansuhkan tol NSE dan Jambatan Pulau Pinang adalah RM50 bilion di mana RM40 bilion untuk NSE dan lebihannya untuk Jambatan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, katanya, dengan kos RM50 bilion itu, ia tidak akan menjadikan Malaysia bankrap.

“Malaysia mampu membayar RM50 bilion untuk memansuhkan tol Jambatan Pulau Pinang dan NSE tetapi tidak mampu menanggung rasuah yang berjumlah 100 bilion dolar Amerika (RM350 bilion).

“Laporan Global Financial Integriti telah menunjukkan bahawa sejumlah RM1,077 bilion wang haram telah dibawa keluar dari Malaysia dalam dekad yang hilang dek korupsi dari tahun 2000-2009,” katanya.

Guan Eng berkata, melalui jawapan bertulis Parlimen kepadanya menunjukkan syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan kewangan sebanyak RM18,321 juta setakat 31 Disember 2010, iaitu lebih daripada pelaburan asal mereka, RM5945 juta.

“Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol?

“Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta memandangkan hasil kutipannya yang berjumlah RM18.3 bilion sudah pun tiga kali ganda pelaburan asal iaitu RM6 bilion,” katanya.

Tambah Guan Eng lagi, rakyat Pulau Pinang tidak sepatutnya sentiasa dibebani tol sehingga tahun 2038, malah tol bagi jambatan Pulau Pinang dan BKE juga harus dihentikan serta merta.

Jelasnya Guan Eng, Nor Mohamed sebagai Menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan bagaimana semakan semula dan pelanjutan konsesi tol Jambatan Pulau Pinang dari tahun 2021 hingga 2038 betul-betul boleh memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

“Semakan semula dan pelanjutan tempoh konsesi tol sehingga 2038 sebagai balasan pengecualian pampasan kerajaan sebanyak RM6.5 bilion telah dilakukan tanpa rundingan dengan rakyat dan hanya menguntungkan syarikat-syarikat pengendali tol sementara yang ruginya rakyat Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya. – Roketkini.com

PENGECUALIAN PAMPASAN TOL ~ SEMAKAN SEMULA TERMA KONSESI

Lebuhraya Sekarang hingga 2015 Struktur tol Semasa Struktur tol baru Tarikh luput semasa konsesi Tarikh luput baru konsesi
NSE Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun  

5% pada 2016 and setiap tiga tahun selepas

Dec 31, 2038  

 

 

 

 

Dec 31, 2038

 

Elite Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun May 31, 2030
Linkedua Tiada kenaikan 25% setiap lima tahun Dec 31, 2038
BKE Tiada kenaikan 15% – 25% setiap lima tahun June 27, 2026
Penang Bridge Tiada kenaikan 10% setiap lima tahun Tiada kenaikan Dec 31, 2021