Berita

Warkah Ketua Menteri Menteri Pulau Pinang buat warga emas

Rakyat Pulau Pinang yang dikasihi,

PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS PULAU PINANG

Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang telah memenuhi janji kami kepada anda melalui Program Penghargaan Warga Emas, di mana RM100 diberi setiap tahun kepada semua pengundi berdaftar Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang dilahirkan pada atau sebelum tahun 1952.

Sejak tahun 2010, program tahunan ini dimulakan sebagai tanda penghargaan untuk sumbangan anda kepada kejayaan negeri Pulau Pinang.

Setakat ini, sebanyak RM 27.1 juta telah pun diagihkan kepada 135,220 orang warga emas yang sudah mendaftar untuk program penghargaan ini, termasuk bayaran RM1,000 sekali sahaja kepada waris-waris warga emas yang meninggal.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mampu membuat bayaran ini hasil daripada pengendalian kewangan yang berhemat, berjimat serta pentadbiran berteraskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus).

Lebihan bajet setiap tahun dan pengurangan hutang sebanyak 95% dari RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada 31 Disember 2011 jelas membuktikan kejayaan sebuah kerajaan yang bersih.

Pulau Pinang juga telah dipuji oleh Ketua Audit Negara di Parlimen untuk tiga (3) tahun berturut-turut di samping menjadi kerajaan negeri yang pertama di Malaysia untuk mendapat pujian daripada Transparency International.

Dengan mandat yang diberi oleh anda, Kerajaan Negeri PR berkongsikan kejayaan dengan pencapaian-pencapaian berikut:

  1. Bayaran RM1,000 sekali sahaja kepada waris warga emas yang berdaftar yang telah pun meninggal dunia.
  2. Program Ibu Tunggal dan Orang Kelainan Upaya yang telah dilancarkan tahun lepas di mana setiap ibu tunggal dan OKU yang berdaftar di Pulau Pinang diberi RM100 setiap tahun dan RM1,000 kepada waris jika mereka meninggal.
  3. Program Anak Emas, di mana bayi kelahiran Pulau Pinang dari 1 Januari 2011 diberi bayaran sekali sahaja sebanyak RM200.
  4. Program Pelajar Emas di mana pelajar-pelajar Tahun 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4 diberi RM100 setiap tahun (termasuk sekolah-sekolah swasta dan sekolah agama rakyat).

Paling penting sekali, Kerajaan PR Pulau Pinang memberi bayaran setiap tahun dan bukannya 5 tahun sekali kerana program-program ini bukanlah cubaan untuk memancing undi semata-mata tetapi untuk membuktikan bahawa keberanian anda untuk memilih kerajaan yang bersih adalah betul.

Pemberian tahunan ini adalah hasil dividen anti-rasuah yang anda tidak pernah merasai sebelum ini akibat budaya rasuah yang berleluasa dahulu.

Semoga Pulau Pinang terus mengecapi kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran.

Semoga anda dirahmati Tuhan.

Yang benar,

LIM GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang