Berita

Warga KL berhak punyai kerajaan tempatan sendiri

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Warga Kuala Lumpur mahu pilihan raya tempatan diadakan di ibu kota bagi membolehkan mereka menyalurkan cadangan dan usaha secara langsung.

Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw berkata pilihan raya tempatan bagi Kuala Lumpur adalah penting dalam menguruskan hal-ehwal warga kota secara spesifik dan ini akan menghasilkan ‘check and balance’ yang lebih baik.

“Apa yang penting ialah mereka yang berkuasa seperti Datuk Bandar, kaunselor dan sebagainya harus amanah atau akauntabel kepada rakyat.

“Untuk itu, bidang kuasa mereka semua harus diperhalusi dengan lebih teliti dengan adanya sebuah mekanisme yang baik,” katanya kepada Roketkini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, DAP selama ini sememangnya menyokong ke arah itu serta mahu memastikan pilihan raya tempatan yang lengkap dengan pengisian.

“Kita tak boleh mengadakan pilihan raya demi nak tunjuk bahawa ianya ada semata-mata. Ia harus mempunyai penigisian yang baik,” tambah beliau. – Roketkini.com