Budaya

Lembu dan Pilihan.

Hari ini, Lembu Jantan mahukan Lembu Betina ini.

Tetapi, Lembu Betina ini tidak mahukan Lembu Jantan itu.

Apabila Lembu Jantan bertanya kenapa?

Lembu Betina berkata,

kerana dia sudah buntingkan semua Lembu Betina lain dalam kandang ini.

Lembu Jantan menjawab, “up to u.”

 

Hari esoknya,

Tuan Lembu datang ke kadang dan dilihatnya Lembu Betina seekor itu tidak bunting.

Oleh sebab kecewa,

dibuangnya Lembu Betina ke luar kandang.

Lembu-lembu lain gelakan Lembu Betina kerana nasibnya.

 

Tapi Lembu Betina sempat menoleh dan menggelakkan mereka semula.

Kerana nasibnya masih lagi tidak menentu,

tetapi nasib lembu-lembu yang lain sudah ada ketentuannya.

Lembu-lembu lain terdiam.

Sememangnya mereka itu lembu.

 

Athina – ceritalongkang