Rencana

Pojok: Cabai Burung

Luka pun tak kering lagi… Tengah panas cerita polis langgar dan bantai orang di Bersih 28 April lalu. Tak fasal-fasal tersembul keluar cerita skandal seks yang konon-konon pelakunya mirip Azmin Ali.

Cerita bukan-bukan ni sengaja dikeluarkan untuk menutup isu sebenar Bersih 3.0 dan lapan tuntutannya.

Dulu, masa video seks yang konon pelakunya Anwar Ibrahim, tak ada pula warna. Bila terkena kat konon-kononnya Azmin, elok pula berwarna. Upgrade lah tu…

Entah betul entah tidak, Tuhan dan Utusan saja yang tahu.

Ingatkan dah taubat…
Kita pun hairanlah, ingatkan Utusan dan geng seangkatan dah bertaubat dari mengotori minda rakyat, tapi makin menjadi-jadi syok sendiri finah orang.

Dah tak da modal lah tu…

Apa tidaknya, makin panas tajuk berita, makin ramailah pembeli. “Pemangkin Fikiran Rakyat” lah katakan. Atau, mungkin memandangkan jualan Utusan pun tak berapa nak memberangsangkan sehari dua ni, dibuatlah cerita-cerita ‘panas’…

Getik meluat!
Sebagai rakyat Malaysia yang berfikir dan matang, tentu kita dah muak dan naik meluat dengan berita tak beretika semacam ini. Bak kata orang Parit, “Getik mendengornye…”

Bayangkanlah, sejak tahun 1998 lagi kita dah didendangkan dengan cerita lucah. Bila dihitung, sudah lebih satu dekad. Kalau kita seorang datuk, cucu dah khatam pun mengaji Quran.

Maka, bila Utusan masuk ke sekolah-sekolah. Budak-budak sekolah pun tak terkecuali tempias. Dulu Tanya ayah “Liwat tu apa…?” Sekarang anak-anak kita tanya “Seks oral tu apa…?” Sampaikan anak Ketua Menteri Pulau Pinang pun tak terkecuali kena fitnah.

Memang UMNO dah terdesak sangat. Kalau tak kena ayah, kena anak pun jadilah.  Pra Pendidikan seks kot?

Transformasi hampeh semuanya propa je
Inilah cara UMNO-BN yang tak pernah berubah. Cuba memperbodohkan kita selagi mau. Tak mahu pun disumbat-sumbatkan jugak.

Datuk Najib melaung transformasi berdegar-degar … tapi hampeh…

Kan bukti dah depan mata. Ingatkan himpunan Bersih diberilah kelonggaran. Bolehlah kita berhimpun dengan aman, 28 haribulan cukup pukul 4 petang bolehlah balik rumah. Tapi bila kena sembur meriam air dan ditembak gas pemedih mata, barulah kita nampak serakah Najib yang sebenar.

Dia sebagai Perdana Menteri patut malu yang amat malu. Datuk Najib buat kerja menipu saja selama ni!

Bila wartawan kena pukul, Datuk Najib pun sibuklah nak minta maaf. Tapi maaflah, tembelang anda sudah pecah. Imej Datuk Najib sudah sumbing.

Terbukti. Malaysia bukanlah negara demokrasi seperti yang dicanangkan pun. Bak kata Azwan Ali, “Propa jer…”

UMNO budak-budak lagi…
Kalau ikutkan, menjelang 11 Mei ini UMNO dah mencecah 66 tahun. Sebayalah umurnya dengan RTM.

Kalau orang, rambut pun dah beruban, haji pun dah naik.

Malangnya, perangai UMNO tak pernah berubah.

Atau mungkin umur baru 24 tahun kerana UMNO yang lama dah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 dan UMNO Baru hanya ditubuhkan pada tahun yang sama oleh Mahathir.

Padanlah … budak-budak lagi. Baru tengah belajar nak hidup…! roketkini.com