Berita

Kenyataan ringkas Lim Guan Eng tentang Tunku Aziz

KUALA LUMPUR: 16 Mei  “Saya telah menerima surat perletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim daripada parti DAP semalam. Saya telah mencuba untuk menghubungi beliau sejak pengumumannya untuk meletakkan jawatan pada hari Isnin, tetapi tidak berjaya. Saya tidak ingin bertukar serangan peribadi dengan Tunku tetapi ingin merakamkan penghargaan parti atas jasanya selama empat tahun sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP. Biar masa yang menentukan siapa yang berada di pihak kebenaran.”

 

Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP
16 Mei 2012