Wawancara

Wawancara : Di sebalik fitnah UMNO, rakyat di Pulau Pinang nikmati hasil pemerintahan adil dan bersih

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa difitnah dan dibohongi oleh para pemimpin UMNO dan pecacai mereka termasuk Utusan Malaysia dan TV3 sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008. Untuk mendapatkan gambaran sebenar, wartawan Roketkini Mazir Ibrahim dan Izmil Amri telah menemu bual Exco Kerajaan Negeri bagi Hal-Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, Abdul Malik Kassim, dalam satu pertemuan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Bagaimana dengan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan kepimpinan Lim Guan Eng, mengenai isu orang Melayu?

Bagi saya mudah saja. Kena lihat elemen politik Pulau Pinang sendiri. Jika Pulau Pinang ada 90 peratus kaum Cina dan 10 peratus Melayu, mungkin boleh saja Lim Guan Eng nak buat tak peduli (abaikan) pada orang Melayu sebab mereka minoriti.

Tetapi realitinya tidak begitu. Melayu Penang nisbanhnya adalah lebih 40 peratus, survival politik PR atau DAP bergantung kepada sokongan Melayu. Tak kanlah Guan Eng begitu bodoh nak abaikan Melayu, ia tak lojik kerana faktanya jelas. Dari segi prinsipnya juga tak masuk akal jika Guan Eng nak abaikan Melayu. Jika itu berlaku maka survivial politik Guan Eng dan DAP sendiri akan habis.

Saya sendiri bergantung kepada elemen ini. Jika kawasan saya di DUN Batu Maung, ada nisbah 50-50, saya mesti jaga semua kaum. Saya adalah wakil rakyat PKR. Begitu juga dengan Guan Eng sebagai wakil rakyat DAP, dia kena jaga semua kaum. Masa depan DAP bergantung kepada dasar parti itu sendiri iaitu ia parti berbilang bangsa dan ia harus dilihat sebagai parti berbilang bangsa, inilah elemennya. Saya ni taklah setara mana dengan Guan Eng tapi masih nampak jelas realiti politik. Jadi tak kanlah Guan Eng tak nampak semua ni.

Bagaimana dengan persiapan PR Pulau Pinang dalam menghadapi PRU 13?

Kita tiada tema “dulu kini dan selamnaya”. Bagi kami (PR) hari ini adalah permulaan dan pengakhiran. Kita tidak pasti hari esok menyebelahi kita atau tidak. Maka kita sentiasa bersedia dan bekerja keras setiap masa. Kita bekerja sejak PRU 12 lagi. Soal teknikal seperti latihan PACA (ejen pengundian, ejen pengiraan undi) memang sentiasa kita jalankan. Berkaitan semangat dan keazaman, memang kita teguh, pada kita tidak ada apa-apa janji untuk hari esok tanpa usaha hari ini.

Bagaimana mahu hadapi PRU yang kotor kerana kerajaan BN enggan terima tuntutan BERSIH untuk mengadakan plihan raya yang adil, bebas dan bersih?

Kita kena hadapi kenyataan bahawa demi kejayaan BN untuk menang, mereka tidak akan laksanakannya (tuntutan Bersih). Kita tak boleh harap mereka (UMNO-BN) berubah kerana jika berubah (mengikut tuntutan Bersih ), maka mereka akan habis. Jadi kita kena terus lawan hingga menang. PRU 13 kelak kita mesti menang untuk betulkan undang-undang ini. kemenangan ini adalah untuk perubahan.

Harapan dan jangkaan pada PRU 13?

Insyallah, Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menang dengan usaha yang gigih. Minimun kita yakin akan dapat kekalkan jumlah 29 kerusi yang sedia ada, jika bernasib baik kita akan tambah beberapa kerusi lagi kerana memang kita tahu kerusi tambahan itu ada potensi.

Kita dapat lihat mood rakyat itu sangat jelas. Kita ada pengundi hard core, mereka ini bukan hard core parti tetapi hard core kerajaan PR. Yang mustahak pengundi atas pagar, ini mungkin boleh kita dapat kerana kesan dari aspek isu dan sentimen pengundi. Inilah yang disasarkan oleh BN. Namun, kita yakin ia agak sukar buat BN kerana gaya politik BN akhir-akhir ini lebih kepada politik fitnah dan kebencian. Rakyat semakin jemu. Jadi ia adalah advantage kepada kita (PR).

Mengapa rakyat perlu memilih Pakatan Rakyat dalam  PRU 13 kelak?

Ada sebab yang sangat mudah, iaitu UMNO-BN semakin jumud, mereka menjadikan rasuah dan korupsi itu sebagai institusinya. Tanpa rasuah, UMNO tidak akan mampu hidup. Dan, sedarkah kita berapakah kos atau harga yang perlu negara (rakyat) perlu bayar untuk amalan politik sebegini. Kita dah tunjuk dengan jelas dan ringkas sekali, iaitu di Pulau Pinang dan Selangor, bila kita dapat atasi rasuah dan kawalnya, lihatlah banyak mana keuntungannya kepada rakyat. Ini sebab paling utama kenapa kita perlu pilih PR.

Satu lagi jika kita (PR) dapat kemenangan pada PRU 13 dan UMNO-BN pula kalah, secara tidak langsung kita dapat lahirkan sistem dua parti. Ia baik untuk rakyat. Kita sendiri tak mahu leka dengan kuasa. Tanpa sistem dua parti, mana-mana parti yang menang akan menjadi terlalu bekuasa dan akhirnya ia kan menjadikan kerajaan itu korup. Ini menjadi sejarah dan sangat signifikan dengan kekalahan UMNO-BN dalam PRU 13 kelak. Dengan sistem dua parti, ia akan menjadikan satu dimensi baru iaitu menerusi aspek check and balance yang sangat berkesan.

Malah jika kita menang pada PRU 13 ini nanti, kita (PR) ada banyak polisi baru yang nak diperkenalkan contohnya kita nak cadangkan had penggal jawatan Perdana Menteri seperti 2 atau 3 penggal maksimum dan banyak lagi. Ini akan membantu perubahan Malaysia yang lebih baik dan telus.

Bagaimana dengan kemampuan Pakatan Rakyat memimpin Pulau Pinang?

Saya lahir dan membesar di Pulau Pinang. Dalam senario politik Pulau Pinang sejak lewat 1970-an, apa yang kita boleh lihat ialah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri, amat jelas menunjukkan bahawa gabungan Pakatan Rakyat amat kuat.

Ia merupakan lonjakan dari segi prinsip gabungan, ini yang menjadikan PR, Insyaallah, sebuah gabungan yang mantap dan ia adalah faktor penting sebagai sebuah gabungan yang kekal berterusan. Kita tidak sekadar bersama untuk memerintah, sebaliknya kita berkongsi prinsip asas yang merangkumi aspek moral dan prinsip antarabangsa iaitu cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Tiga aspek ini mempunyai nilai moral yang amat tinggi, malah dalam Islam sendiri, ia mengutamakan nilai-nilai ini. Maka inilah kekuatan sebenar kerajaan negeri. Kita (gabungan) berasaskan prinsip dan ia dipandu dengan prinsip bersama. Inilah perbezaan antara PR dan BN.

Apa itu amalan mesra-rakyat dalam aspek pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri?

Ia adalah satu lagi aspek di mana prinsip demokrasi menjadi asas yang penting, iaitu dari rakyat, oleh rakyat dan kepada rakyat. Ia seharusnya menjadi matlamat terpenting dalam siasah politik dan demokrasi. Malang sekali, dahulu (zaman BN) ia tidak menjadi keutamaan. Tetapi kini kita bawakan kembali people-centric buat rakyat Pulau Pinang. Rakyat mahu lihat ketuanan rakyat menjadi dasar dan matlamatnya. Saya berdoa agar ini akan berterusan iaitu rakyat Penang dapat melihat kejayana PR ini, inilah kerajaan yang people-centric. Ia mesti dipelihara dan dikembangkan pada masa depan.

Bagaimana dengan laporan Ketua Audit Negara yang lalu mengenai prestasi negeri Pulau Pinang?

Alhamdulillah kita bersyukur kerana kejayaan ini datang dari prinsip yang betul. Ini adalah satu manifestasi kejayaan kerajaan PR Pulau Pinang yang direkodkan oleh Ketua Audit Negara. Kita bawa dasar (CAT) ini, kita laksanakan dasar ini dan inilah hasilnya dari usaha gigih kita itu. Bagi saya hasil ini sangat penting dan kita yakin untuk prestasi tahun 2011 (yang akan diumumkan akhir tahun ini), laporan audit akan sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang adalah antara negeri yang tersohor dari segi pengurusan dan pentadbiran kewangan yang cekap dan bersih.

Bagaimana dengan penerimaan kakitangan awam terhadap dasar CAT?

Pada mulanya memang agak payah kerana ia sesuatu yang baru. Hal perubahan memerlukan masa untuk dijayakan. Di atas kertas ia memang mudah, namun perubahan dari aspek manusia itu sendiri, itu yang amat berliku sejak 4 tahun yang lepas.

Hingga kini kita masih lagi usahakannya secara berterusan kerana tak  mungkin kita dapat capai ke tahap terbaik dalam tempoh 4 tahun saja. Namun Alhamdullilah, kejayaan kita amat memberansangkan kerana kita maksudkan ianya sebagai ‘urusan penting’, malah Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri mahu ia diutamakan, beliau adalah pemimpin yang munasabah. Ia menjadikan kita sebagai pembuat dasar dan pentadbir pelaksana mudah untuk berubah dan bergerak ke hadapan bersama kakitangan kerajaan negeri yang lain. Jika tidak kerana kepimpinan dan pesonaliti Ketua Menteri yang kuat, mungkin keadaannya berlainan sama sekali.

Tetapi kerana adanya kekuatan kepimpinan, malah ia telah diakui sendiri oleh (bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendaharai UMNO) Tun Daim Zainuddin bila mana beliau menjangka dua negeri yang, Insyallah, tak mungkin jatuh kepada BN ialah Kelantan dan Pulau Pinang kerana faktor personaliti pemimpin utamannya, iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng. Kenyataan ini datang dari orang BN sendiri. Ini menjadi faktor penitng dalam membentuk pasukan kerja yang bagus.dan mantap.

Ada faktor lain selain dari faktor kepimpinan politik?

Dalam mana-mana perubahan, kita tak dapat lakukan dengan paksaan sebaliknya ia mesti dilakukan dengan mengambil kira human factor (faktor manusia). Alhamdulillah, kerajaan negeri dapat melaksanakan perubahan ini dengan baik dan cepat menerusi insentif seperti anugerah integriti, anugerah inovasi dan kita beri pengiktrafan atas kejayaan jabatan-jabatan dan individu.

Malah kita beri peluang kepada kakitangan awam yang telah beri prestasi yang baik menerusi kenaikan pangkat dan sebagainya. Ganjaran-ganjaran yang kita beri ini meliputi hingga ke peringkat jawatan paling rendah di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri. Mereka ini telah komited dan bersusah payah melaksanakan dasar CAT, maka itu kita reward mereka. Dengan ini kita dapat laksanakan dasar kita dengan lebih cepat dan berkesan. – Roketkini.com