Rencana

Panda disusukan, orang utan sendiri mati kebuluran? – Oleh Wong Ho Leng

Pada 15 Jun lalu, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) yang mana Malaysia akan dipinjamkan dua ekor beruang panda selama 10 tahun.

Peminjaman dua ekor beruang panda ini adalah sempena penyambutan 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun 2014.

Beruang panda adalah khazanah ikon negara China. Mereka ini hidup di hutan buluh iklim sederhana di bahagian tengah China. Mereka ini adalah haiwan yang terkenal dan juga antara yang paling jarang ditemui di dunia. Beruang panda ini adalah lambang usaha untuk menyelamat dan memelihara binatang yang kian pupus.

Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak berkata kewujudan beruang panda ini di Malaysia akan memerangsangkan industri pelancongan negara kita.

Kos sebenarnya

Ramai gembira menyambut berita peminjaman beruang panda ini. Namun ada juga yang sangsi. Kita tidak tahu lagi kos sebenar untuk memelihara beruang panda ini, tetapi terdapat rujukan kos daripada negara lain yang juga mendapat pinjaman sebegini, khasnya di Amerika Syarikat dan Singapura.

No. Deskripsi Jumlah Kos (10 tahun)
1. Yuran Peminjaman: US$1 juta million (RM3.1 juta) setahun RM31 juta
2. Yuran Penyelidikan dan Pemeliharaan: US$1 juta (RM3.1 juta) setahun RM31 juta.
3. Tempat Perlindungan, habitat hawa dingin buatan di Wetland Park di Putrajaya (Suhunya hendaklah di paras antara 18 dan 22 darjah Celsius, dengan kelembapan antara 50%-60%) RM20 juta
4. Penyelanggaraan dan penyimpanan RM1 juta setahun RM10 juta
5. Sebuah kawasan baru untuk menanam makanan khas panda: buluh. Seekor beruang panda akan memakan 40 kg pucuk buluh sehari RM10 juta
6. Dikala anak beruang panda dilahirkan, yuran tambahan sebanyak USD 600,000 setahun akan dikenakan (anak panda akan dikembalikan kepada negara China selepas tahun kedua) Tidak diketahui

Skim peminjaman ini memberi gambaran yang kerajaan Malaysia adalah kaya-raya. Tetapi jikalau rakyat Malaysia dimaklumkan tentang kos pemeliharaan yang sebenar ini (anggaran: sekitar RM 100 juta), ia mungkin susah untuk mereka yang awalnya gembira menyambut berita tersebut akan kekal berfikir sebegitu lagi.

Sembilan ekor beruang panda daripada negara China kini menetap di empat zoo di AS. Dari tahun 2000 hingga 2003, pendapatan daripada yuran kemasukan zoo tidak mampu menanggung belanjaan kos pemeliharaan mereka. Zoo tersebut mengalami defisit sebanyak USD 33 juta.

Negara kita kini larat dengan hutang. Selain daripada defisit belanjawan selama 15 tahun yang memalukan, kini hutang negara berada di sekitar angka RM 470 billion.

Setiap rakyat Malaysia, baik muda mahu pun yang tua, bakal menanggung hutang awam purata sekitar RM 16,000 seseorang.

Kami tidak menentang usaha penyelidikan dan pemeliharaan haiwan. Tetapi, apa gunanya untuk membuat penyelidikan tentang pemeliharaan beruang panda, termasuk dalam bidang penyelidikan permanian beradas dan kelakuan, sedangkan Malaysia pun tidak mempunyai habitat semulajadi yang sesuai?

Wang yang dibelanja untuk beruang panda ini sepatutnya dimanfaatkan untuk pemeliharaan haiwan dan hidupan liar Malaysia yang kian pupus.

Sudahkah kerajaan Malaysia selamatkan hidupan liar kita sendiri?

Dalam keghairahan dan obsesi kepada khazanah ikon negara China itu, kerajaan Malaysia telah lupakan hidupan liar negara kita seperti beruang matahari, harimau Malaya, penyu, orang utan dan badak sumbu.

Dianggarkan sekitar 1,600 ekor masih hidup liar. Tetapi orang utan, spesis monyet terbesar di Asia, kian pupus. Dikala ini hanya terdapat 1,300 ekor orang-utan di Sarawak, kesemuanya di kawasan perlindungan Lanjak-Entimau and Taman Negara Batang Ai.

Orang utan adalah mahkluk memanjat pokok yang terbesar di dunia. Ahli sains meramalkan menjelang, hanya 10-15 peratus daripada jumlah haiwan orang utan Borneo akan hidup lagi.

Antara sebab untuk kepupusan ini ialah pemburuan, kehilangan habitat akibat pembukaan ladang-ladang and kekurangan azam politik untuk menguatkuasa undang-undang yang melindungi haiwan ini.

Malaysia tidak mempunyai rekod pemeliharaan haiwan yang baik. Jumlah wang yang banyak digunakan untuk beruang panda itu boleh dimanfaatkan untuk melindungi haiwan negara kita yang mengalami ancaman kepupusan.

Pengajaran, penguatkuasaan undang terhadap pemburuan, memulihkan habitat haiwan dan penghutanan semula adalah keutamaan. Penjualan haram hidupan yang dilindungi di Malaysia amat berleluasa, ekoran penguatkuasaan yang lemah dan sebab korupsi.

Di Sarawak hidupnya ikan empurau, ikan air tawar yang termahal di dunia. Ikan ini boleh membesar sehingga berat 10 kg seekor dan berharga RM 1,000 sekilo. Asalnya mereka membiak dengan banyaknya di sekitar kawasan air tawar yang jernih di hulu Sungai Rejang di kawasan tengah Sarawak.

Namun sekarang payah didapati 1,000 ekor empurau. Habitat mereka kini dimusnah oleh kegiatan pembalakan yang tidak terkawal yang mengakibatkan hakisan tanah teruk yang mencemarkan air tawar tersebut.

Pembalakan begitu meluas sehingga pada 7 dan 8 Oktober 2010, sebanyak 300,000 metrik ton kayu balak, tunggul dan serpihan kayu mengalir dari hulu Sungai Rejang ke bandar Sibu, mengakibatkan kesangkutan kayu balak, bencana ekologi dan kerosakan alam sekitar yang teruk di sepanjang sungai tersebut.

Serpihan kayu yang teruk mencemari sungai itu menyebabkan banyak ikan kesesakan nafas dan mati terapung di sepanjang sungai itu. Antaranya ikan empurau dari hulu sungai tersebut.

Maka kerajaan perlu BN perlu jujur dengan mengutamakan usaha menyelamatkan hidupan lair tempatan terlebih dahulu daripada membazirkan wang rakyat untuk bermegah-megah dan berlaku sombong. – Roketkini.com

Penulis adalah Pengerusi DAP Sarawak merangkap Ahli Parlimen Sibu