Berita

Fitnah MCA di Selangor dan Pulau Pinang, apa yang BN cuba alih pandangan?

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Rentetan dari dua tuduhan palsu serentak oleh MCA terhadap kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-duanya pimpinan Pakatan Rakyat, Pemuda DAP hari ini mengutuk tindakan kotor tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik.

Merujuk kepada fitnah yang dilemparkan, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo telah menyalah guna imuniti yang ada di Dewan Undangan Negeri Melaka dengan mengeluarkan pertuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew.

“Lim Guan Eng telah mencabar beliau untuk mengulangi pertuduhannya di luar Dewan Undangan Negeri tetapi sehinnga sekarang beliau dan MCA gagal untuk melakukannya.

“Ini menunjukkan beliau tidak berani untuk mengulangi pertuduhannya kerana tidak mempunyai sebarang pukti terhadap tuduhannya. Sekali lagi kami mencabar beliau sekiranya beliau serius terhadap pertuduhannya, sila ulangi pertuduhan tersebut di luar supaya Lim Guan Eng dan Betty Chew boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, sekiranya gagal mengulangi pertuduhan tersebut, Gan Tain Loo akan dilihat oleh semua pihak sebagai seorang ahli politik yang bacul dan pembohong.

Bagi Loke, semua dakwaan ini telah diatur kerana telah timbul persoalan bagaimana sesetengah stesen televisyen dan akhbar (TV3 dan Utusan Malaysia) telah diberi hak istimewa yang luar biasa untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri untuk merakamkan keseluruhan prosiding.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah turut menjawab kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek yang menyarankan Guan Eng untuk mengikuti jejak beliau untuk meletak jawatan.

“Situasi yang dihadapi Lim Guan Eng tidak sama seperti beliau. Tidak ada video (lucah) Lim Guan Eng pun. Jangan samakan diri anda dengan Lim Guan Eng,” katanya merujuk kepada skandal video lucah Chua yang melakukan hubungan seks dengan seorang waniat ayng bukan isterinya.

“Beliau (Chua) kelihatan sangat bangga dengan skandal seksnya. Dia meletakkan dirinya sebagai mempunyai keberanian dan moral politik,” tambah Loke.

Beliau menjelaskan, MCA yang semakin ditolak oleh masyarakat Cina telah mencipta fitnah itu kerana terpalit dengan pelabgai skandal kewangan seperti PKFZ dan penyalahgunaan kuasa serta gagal menepati janji untuk mengumumkan keputusan ke atas isu sekolah Kuantan Chinese Independent School.

“Mungkin sebab mereka gagal menyelesaikan masalah ini, mereka terpaksa mengalihkan perhatian masyarakat dengan melancarkan dua pertuduhan ini serentak,” katanya.

Isu Kuantan Chinese Independent School merupakan antara isu yang panas dibincangkan di kalangan masyarakat Cina, malah pada dua minggu lalu MCA telah mengulangi akan menyelesaikan masalah sekolah terbabit. Tetapi sehingga kini dilaporkan masih belum berjaya diselesaikan.

Di Selangor, MCA juga telah membuat tuduhan palsu kononnya kerajaan negeri Selangor menyalahgunakan wang RM1 bilion tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh. – Roketkini.com