Berita

Jom ke Pesta Lagu Jalanan

SHAH ALAM, 10 JULAI: Semua dialu-alukan ke “Pesta Pertandingan Lagu Jalanan 2012” anjuran Roketkini.com di Petaling Jaya pada Sabtu 14 Julai ini. Masuk adalah percuma.

Pesta ini akan diadakan di Taman Rusa, Petaling Jaya, mulai 12 tengah hari hingga 11 malam turut dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat DUN Kinrara, Bukit Gasing dan Kampung Tunku. Media rasmi pesta adalag Radio Bangsar Utama http://www.radiobangsarutama.com/

Pesta yang dijangka menarik ribuan hadirin ini akan menyajikan barisan artis dan kumpulan music, antaranya Melissa Jane, Qiamat, Dewangga Sakti, Projek Rabak, Petak Daud, Zip Zieller, The Garrison dan sebagainya dengan aktiviti menarik yang lain seperti sudut pidato, grafiti dan ‘melukis atas jalan’.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dyana Sofya, pesta ini bertujuan menarik seramai mungkin kalangan muda-mudi seluruh Selangor untuk berhibur sambil mendapat pelbagai input yang menarik.

Bukan hanya muzik dan kesenian, menurut Dyana lagi, pesta ini juga telah menjemput beberapa NGO untuk mengadakan pameran demi mempromosi kesedaran berkenaan isu-isu hak asasi manusia, demokrasi, pentadbiran yang bersih dan perpaduan selain menyediakan gerai-gerai pameran dan jualan pelbagai produk usahawan muda.

“Pada jam 8 malam, para peserta yang lagu mereka dipilih ke peringkat akhir akan dijemput untuk mempersembahkan persembahan mereka kepada hadirin dan pihak juri.

“Kita telah menjemput juri di kalangan artis, selebriti dan aktivis masyarakat terkenal seperti penggubah dan penyanyi lagu jalanan Nik Jidan, penyair dan penulis lirik Hasmi Hashim (BuddhiHekayat), aktivis sosial dan pembikin filem Hishamuddin Rais, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan penggubah lagu antarabangsa Ross Ariffin,” katanya.

Sebarang maklumat dan pertanyaan bolehlah melayari http://www.pestalagujalanan.com.my atau emel kepada [email protected] atau terus hubungi 012-3179775 / 016-2541448