Wawancara

Ada apa dengan Pesta Lagu Jalanan esok?

Shariffudin merupakan seorang penulis lirik “Genggam” dan  Wafi adalah penyanyi lagu tersebut. Adam merupakan salah seorang anggota kumpulan Mercury. Mereka adalah diantara beberapa finalis yang akan membuat persembahan pada konsert akhir Pertandingan Pesta Lagu Jalanan anjuran bersama Roketkini. Ikuti wawancara oleh Mazir Ibrahim bersama mereka menjelang pesta ini yang akan berlngsung esok 14 Julai ini bertempat di Taman Rusa berhadapan Bangunan MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

Wafi - Vokalis

Bagaimana boleh tergerak untuk menyertai pertandingan ini?

Wafi: Kami dari Rumah Anak Teater dan mengenai Pertandingan Lagu Jalanan ni kami dapat tahu melalui produser kami sendiri. Jadi katanya “korang boleh turut serta dan explore dalam bentuk lagu”.

Shariffuddin (Dol): Saya dengan Wafi sekali, saya menulis lirik, kami diberitahu oleh produser, saya boleh menulis jadi saya menulis kemudian tulisan saya tu dia kata, “Tulisan kau ni, kau cubalah buat lagu. Boleh masuk pertandingan Pesta Lagu Jalanan.”

Kebetulan, apa yang saya tulis sebenarnya adalah apa yang sedang berlaku dalam negara, Cuma saya tidak menyebut rasuah. Bila saya buka laman web Pesta Lagu Jalanan, dari situ dengan apa yang saya ada, saya ubah dan sesuaikan untuk dijadikan lagu dan ada lagi lagu tambhan dari Wafi. Lagu tu pun terpilih juga dalam finalis.

Kepada kumpulan Mercury, apa sebab menyertai Pesta Lagu Jalanan, nak menang atau nak popular atau ada niat lain?

Adam: Sebab pertama, saya masih belajar di UM dan selalu karang lagu. Saya join page Roketkini, satu hari saya tengok ada post mengenai Pesta Lagu Jalanan ni. Jadi saya tertarik dan fikir pada mulanya kenapa tidak saya tulis lagu-lagu yang tak ada kaitan dengan negara, mengenai kehidupan, dan juga mungkin untuk walau pun tak banyak tapi sikitlah boleh menyedarkan orang lain, mengenai Malaysia ni macam mana, bagaimana nak ubah dari hitam kepada putih. Macam mana  kita nak bersihkan negara kita yang nampak macam hitam sekarang ni supaya jadi putih.

Jadi saya buatlah lagu bertajuk “Genggam” yang banyak mengenai demokrasi. Macam kita becakap tentang hak untuk berbeza pendapat, hak untuk bersuara, hak untuk berada di’jalanan’, lepas tu lagu mengenai ‘rasuah’ pula, sebab kebanyakan pemimpin sekarang ni banyak rasuah,jadi benda yang terlalu biasa. Nak projek nak apa semua perlu rasuah. Dari saya sekolah rendh dmpai rasuah, dulu masa kerja kerajaan, apa yang saya lihat semua rasuah. Memang banyak berlaku. Jadi perkara-perkara macam inilah yang membuatkan walaupun 20 orang yang dengar lagu saya, atau seorang je yang tahu, sekurang-kurangnya orang tahu apa yang saya nak sampaikan. Semangat menentang rasuah dan demokrasi ni perlu ada pada setiap rakyat. Sekurang-kurang saya dapat berusahalah sikit.

Dengan hadiah semuanya ni saya sebenarnya tak kisah sangat pun. Saya kata kalau tak pergi final pun taka apa. Join busking pun cukuplah, nak nyanyi biar orang tahu. Ini adalah medium untuk sampaikan apa yang terbuku di hati saya.

Shariffuddin atau Dol - Penulis lirik

Agak menarik juga bila bercakap mengenai karya muzik jalanan ni; muzik jalanan ni dah di luar mainstream, mungkin boleh ceritakan apa sebenarnya yang mendorong perjuangan anda dalam music-musik lagu-lagu macam ni.

Shariffuddin: sebenarnya apa yang saya tulis di dalam karya saya, saya tidak menyentuh mana-mana individu, saya menyentuh soal ‘bangsa’. Saya menceritakan kita ‘bangsa’ dalam Malaysia ni tak kira bangsa apapun Melayu, India, Cina dan lain-lain; semua kita punya nilai. Apa yang buatkan tercetusnya idea ini bila saya terpandang orang buta. Sebab orang buta tak ada korupsi dalam diri dia sebab dia buta. Tidak ada orang yang boleh memberi rasuah kepada orang buta supaya dia berlakon jadi celik. Hakikatnya dia tetap buta. Jadi tak ada apa-apa nilai harta atau wang yang boleh diberi kepada orang buta supaya dia menjadi celik. Ilham ini saya dapat dan kita boleh dengar dalam lagu “Diam-diam” yang dinnyikan oleh Wafi.

Dalam video yang kita hantar tu ada cerita, ada juga lagu, yang sampaikan mesej biar buta mata jangan buta hati. Sebab rasuah ini melibatkan nilai manusia. Kalau kau boleh diberi sejumlah wang untuk orang membeli nilai diri kau, bagi saya, orang itu seorang pengkhianat bangsa sebab adanya dia (perasuah) dlam satu masyarakat ni boleh jatuhkan apa sahaja.

Pada pandangan Wafi, adakah karya seni seperti lagu jadi senjata politik untuk ubah nasib bangsa?

Wafi: Pandangan saya, muzik, filem dan sebagainya adalah satu medium yang boleh diterima oleh masyarakat. Kita tak perlu berperang, ataupun tak perlu angkat senjata, parang pisau dan sebagainya untuk menegakkan keadilan. Lagu, filem, teater,semua itu boleh mendekatkan diri dengan member nasihat, pengajaran ataupun ia dapat memperi impak yang dapat dirasa oleh semua. Sebagai contoh, lagu memang mudah untuk disampaikan dan mudah juga nak terjemahkan seterusnya diterima.

Sejauh mana lagu-lagu ini boleh sampai kepada masyarakat?

Sharifuddin: Sebenarnya kita berkarya untuk disampaikan kepada golongan masyarakat. Pihak berkuasa juga boleh mainkan peranan untuk sampaikan lagu-lagu begini kepada masyarakat contohnya dalam bab melawan rasuah. Lagu ini kita sampaikan untuk ingatkan masyarakat.

Pada pandangan anda, apa peranan seniman terutamanya dari kalangan orang muda dalam masyarakat?

Adam: Seniman bagi saya pelkon, pelawak, penyanyi, banyak cabang. Saya ingin sebut sebagai penyanyi, sepatutnya dia tidak boleh melalaikan masyarakat sebab masyarakat sudah sedia lalai. Kemudian diberi lagu yang melalaikan lagi, mungkin tak apa tetapi sepatutnya dia bertindak menyedarkan masyarakat dengan lirik yang membina, membangunkan seperti sajak-sajak zaman kebangkitan rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka. Bagi saya itu cara seniman sepatutnya membangunkan masyarakat.

Masyarakat bagi saya begini, mereka dengar lagu bila melodi dia sedap, macam nasyid sekali pun kalau melodi tak sedap orang tak dengar, lagu Hindustan, Korea orang tak faham tapi bila melodi dia sedap, orang dengar orang minat. Itu pasal kalau nak buat lagu bagi saya kena pentingkan melodi juga. Melodi dulu kemudian masukan lirik yang sesuai.

Peranan seniman menyedarkan masyarakat melalui apa yang di pakar, apa yang dia buat. Kalau dia tulis sajak maka melalui sajak, kalau dia buat lagu,tulis lagu. Itu peranan seniman bagi saya.

Adam - Kumpulan Mercury

Apa komen anda tentang penganjuran program ini?

Wafi: Setakat ini saya tengok macam di facebook, ada feedback yang bagus dan dapat menarik orang muda di luar sana. Yang tak tau pasal rasuah kita dapat perkenalkan dengan cara begini. Kita boleh kumpulkan terutamanya anak muda di satu tempat dan tahu mengeni isu semasa, masyarakat, mengenai Malaysia sendiri, dan saya rasa program ini sangat bagus dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Shariffuddin: Banyak artis yang Malaysia cuba komersilkan, mereka yang berkarya tepi jalan begini susah kita nak angkat karya kita untuk bagi orang dengar. Dengan adanya program macam ni dan ianya percuma; ramai orang boleh datang dan dekatkan diri dengan aktiviti macam ni. Kita boleh anggap Pesta Lagu Jalanan ini sebagai satu riadah, keluarga, kanak-kanak semua boleh datang. Bagi saya acara macam ni penganjur tak perlukan artis yang komersial dan dah terkenal. Sebab dengan adanya program begini, ia boleh angkat kita sebagai pengkarya tepi jalan dan bila orang datang secara langsung mereka boleh kenal.

Adam: Bagi saya ia bagus untuk angkat karya anak muda yang tak dapat nak komersilkan karya mereka. Ada yang saya jumpa dia ada buat lagu tapi tak tahu mana nak salurkan. Bila ada medium ni mereka boleh ketengahkan karya-karya mereka. Dan acara seperti ini boleh bagi dorongan untuk lebih banyak bekarya. Kita buat sesuatu untuk deliver. Sebab perkara ni bukan menang atau kalah. Bila kita buat kita kena deliver. – Roketkini.com