Berita

Robert Phang bebas tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang itu telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah melalui satu pengesahan SMS oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali seperti diaporkan Hafiz Yatim hari ini dalam Malaysiakini.

Laporan tersebut turut memetik Mustafar berkata awal minggu ini melalui SMS bahawa ”Pihak pendakwa raya telah membuat keputusan dan membersihkan Phang daripada dakwaan rasuah. Ia juga telah diumumkan oleh panel kajian operasi.”

Phang pada Januari 2011 yang lalu secara sukarela memohon untuk melepaskan jawatan selaku anggota panel suruhanjaya berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya oleh sebuah sebuah blog yang  mendakwa beliau telah cuba memberi rasuah kepada seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian.

Menafikan tuduhan tersebut, beliau menjelaskan bahawa dirinya telah menjadi mangsa serangan berterusan pihak tertentu kerana membangkitkan isu berhubung kurangnya tindakan terhadap skandal MAS.

Mengulas kepada laporan tersebut, Kit Siang mempersoalkan mengapa SPRM telah menyembunyikan maklumat bahawa Phang telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah terhadapnya selama 15 bulan.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM , Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dilaporkan telah berkata bahawa SPRM telah “gagal untuk memperoleh bukti secukupnya untuk mendakwa Phang”.

Justeru beliau mempersoalkan mengapa pula pengumuman ini dibuat oleh Hadenan selepas mesyuarat Panel Penilaian Operasi SPRM pada bulan Mei tahun lalu dimana SPRM telah membersihkan nama Peguam Negara dalam tuduhan rasuahnya melibatkan penunaian ibadat haji?

Gambar Ehsan TMI

“Bukankah SPRM dan Panel Penilaian Operasi telah membebaskan dan membersihkan nama Phang serta Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dalam mesyuarat yang sama tahun lalu?

Menurut Kit siang lagi, penyiasatan tersebut menyatakan bahawa “panel ini berasa puas dengan hasil penyiasatan yang tidak memberi apa-apa indikasi kesalahan jenayah”.

“Tetapi kenapa dengan sengaja telah menyembunyikan maklumat pembebasan Phang daripada pengetahuan beliau?”-Roketkini.com