Wawancara

Tengku Zul – Rakyat Pahang bersama Pakatan Rakyat : Bahagian Pertama.

Beliau menyertai DAP pada tahun 2000, YM Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Tengku Zul), 46, adalah salah seorang dari ahli kerabat Diraja Pahang. Beliau berpendidikan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Perubatan Homeopati. Berpegang kepada prinsip meraikan perbezaan, beliau memilih DAP sebagai wadah perjuangan dan kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pahang. Ikuti wawancara eksklusif bersama Tengku Zul oleh wartawan Roketkini Tan Teck keong.
Pahang dikenali sebagai kubu kuat BN. Selepas tahun 2008, adakah senario politik Pahang sudah berubah?

Memang kalau kita lihat di Pahang banyak FELDA dan kebanyakannya orang Melayu. Dari dulu pun kekuatan BN adalah bersandarkan kepada orang Melayu. Dimana BN secara psikologinya mendoktrin rakyat khasnya orang Melayu supaya bergantung kepada pemerintah.

Contohnya dulu, BN pergi ke kawasan yang mundur dia akan janji, “Kalau sokong BN, kita akan beri bekalan api (elektrik)”. Tapi apa yang berlaku, pilihan raya yang pertama katakanlah masa itu mereka akan pasang tiang elektrik, kemudian selepas satu penggal, BN datang lagi, mereka kata kalau beri undi pada BN, mereka akan sambung wayar. Jadi, masyarakat kampung yang mahukan bekalan elektrik pun menyokong BN. Ini adalah salah satu contoh pendekatan BN terhadap orang Melayu.

Bagi orang bukan Melayu, mereka mempunyai mentaliti berdikari. Mereka cuma perlukan suasana yang kondusif yang selesa tanpa sebarang ancaman dan tekanan untuk berniaga dan bekerja. Disebabkan rasa selesa, aman, mungkin mereka tidak terlalu memikirkan mengenai waktu akan datang.

Selepas 2008, banyak perkara berlaku dan kita boleh lihat sendiri. Jadi, mereka yang bukan Melayu khususnya dikalangan kaum Tionghua, mereka menjadi lebih terbuka, mendapat informasi yang terkini dengan lebih bebas. Akhbar berbahasa Cina lebih terbuka dari akhbar berbahasa kebangsaan.

Kalau kita melihat informasi dari surat khabar seperti Utusan Malaysia, sepertimana yang kita semua tahu, 50 peratus adalah pegangan UMNO.  Ia sudah menjadi lidah dan tulang belakang media bagi UMNO dan BN.

Jadi, maklumat kepada pembaca di kalangan orang Melayu adalah terhad malah ia mungkin berbentuk fitnah berbanding dengan akhbar lain.

Kita juga dapat melihat, terutamanya dikalangan orang muda Melayu, Cina, India dan sebagainya yang keluar bekerja di bandar-bandar dapat lebih banyak pendedahan kerana mereka terdedah dengan pelbagai maklumat terutamanya melalui medium internet dan sebagainya.

Dan selain itu, di kalangan mereka yang belajar di universiti, itulahyang boleh kita lihat sekarang wujud badan NGO seperti ANAK yang memerjuangkan nasib warga FELDA yang menentang penipuan dan penindasan BN.

Kesimpulannya, selepas 2008, informasi alternatif memainkan peranan besar kepada rakyat malah kepada pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri. Maknanya, mereka perlu lebih banyak turun padang, buat kerja dan memberi penerangan kepada rakyat.

Kita tumpu kepada asas pengundi melayu di Pahang yang berjumlah sekitar 80 peratus. Najib sendiri hampir tewas akibat sentimen masyarakat Melayu ketika kes mata lebam Datuk Seri Anwar. Boleh Tengku huraikan sedikit kebenaran kenyataan itu dan mentaliti pengundi Melayu.

Pendapat saya mungkin berbeza dari yang lain, musuh politik kepada BN bukan semata-mata dari Pakatan Rakyat kerana musuh mereka berada di dalam parti sendiri. Mungkin maklumat yang akan saya katakan ini maklumat tidak rasmi atau sekadar desas-desus. Kita boleh lihat misalnya semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, khabar angin mengatakan dia cuma akan jadi PM satu penggal sahaja.

Kalau kita lihat balik ke belakang, zaman Mahathir menjadi PM pada masa itu, di bukanlah jenis orang yang senang-senang mempercayai seseorang. Ketika dia mendapat maklumat dalaman yang memberitahu, kalau dia tidak lepas jawatan di akan habis, jadi bagaimana BN mahu stabilkan keadaan?

Jadi mereka memerlukan tindakan peralihan kuasa kepada orang yang dianggap bersih. Dan ketika itu BN melihat Pak Lah adalah calon terbaik. Apabila beliau dilantik, beliau diberi tempoh. Kita juga dapat melihat bagaimana menantu beliau, Khairi Jamaluddin naik secara mendadak dalam Pemuda.

Apabila Mahathir melihat tempoh dah tamat, beliau tidak mahu turun. Maka wujud desakan dari dalam BN sendiri untuk beliau melepaskan jawatan. Pada masa itu juga, beliau dah tahu jawatannya perlu diserahkan mungkin kepada seseorang. Masa yang sama juga Pakatan Rakyat ada kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dapat simpati besar dikalangan pengundi Melayu.

Kita juga kena faham, tak semua pegawai-pegawai kerjaan yang ada dalam perkhidmatan adalah penyokong kuat BN. Mereka juga bersimpati dan bersama kita cuma mereka dihalang oleh beberapa akta untuk menonjol.

Hasil dari desakan dan protes dalam BN, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, bergabung dengan kesedaran kebangkitan rakyat, itulah penyebab Najib ketika itu hampir tewas.

Satu lagi perkara, masa itu lawan Najib adalah Ustaz Ramli, dia seorangyang bijak, rendah diri dan mesra dengan semua orang. Program yang dianjurkn pun lebih sistematik dan kerap turun padang. Ini juga salah satu sebab. Faktor calon juga penting. Bukan calang-calang oranglah yang melawan Najib ketika itu.

Kalau kita lihat dari maklumat yang kita terima pun, mengapa 200 undi tu datang malam. Saya rasa Najib pun dah kalah.  SPR pula dilihat tidak bebas.

Kalau kita lihat, DUN Jengka 2 ketika itu pun dimenangi Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man, ini bermaksud pengundi Melayu di Pahang tidaklah kekal setia bersama UMNO.

Betul, seperti yang saya sebut tadi, perubahan itu ada,  anak-anak peneroka banyak belajar dan bekerja diluar. Segala informasi mereka bawa balik pulang ke kampung dan menjelaskan kepada keluarga mereka perkara yang sebenar. Selain itu, pembohongan atau penipuan FELDA sendiri disedari oleh orang Melayu.

Selama ini tidak ada orang atau persatuan NGO yang cuba memberitahu, mengetengahkan apa yang berlaku. Sebagai contoh apa yang saya faham, warga FELDA hanya diberitahu “hutang sebanyak ini, baki sebanyak ini, kamu boleh ambil susu ke, tepung ke, tetapi penyatanya, laporan yang merekod segala urusan sejak mula hingga akhir tidak ditunjukkan dan semata-mata bergantung kepada pihak pengurus. Maknanya, ia menunjukkan tidak ada ketelusan.

Contoh lain, pada masa itu ada IOI ataupun Sime Darby. Kalau kita lihat operasi mereka- katakanlah tebang semula. Jauh berbeza dengan kaedah yang dibuat di FELDA. Saya tidak ingat angka sebenar. Katakan IOI atau Sime Darby; contohnya bagi 1 ekar, RM3000 dikenakan untuk tebang semula, tapi di FELDA sampai RM5000. Persoalannya, mengapa FELDA lebih mahal daripada syarikat swasta?

Sebelum ini maklumat sebegini tidak diberitahu kepada peneroka, sebab itu peneroka melalui NGO ANAK yang pengerusinya Mazlan Aliman telah mengumpul dan dapatkan semua maklumat serta data.

Kemudian, apa yang Najib buat kepada peneroka FELDA sekarang ini dia bagi RM5000 untuk anak, RM5000 untuk bapa dan RM5000 untuk  ibu. Itu sebenarnya duit peneroka bukan duit FELDA. Kita boleh cabar dia. Senaraikan balik data dari asal, dari awal, nyatakan berapa jumlah yang peneroka telah pakai dan berapa pula jumlah keuntungan. Dedahkan satu penyata terbuka. Tunjukkan.

Dari situ peneroka boleh lihat berapa keuntungannya sedangkan hutang luar negara FELDA sudah selesai tapi peneroka masih berhutang. Ini tidak dijelaskan. Apabila anak-anak muda peneroka ini balik, bawa informasi. Maka peneroka sedar dan bangkitlah.

Jadi untuk tutup isu ini, antaranya selain wang RM15000, Najib keluarkan slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.” Ini sebenarnya sekadar pancing, mereka tak kata kami pulangkan wang anda semula. Inilah penipuan.

Bagi saya informasi penting, adakalanya informasi boleh jadi lewat dan kekangan untuk maklumat sebenarnya sangat kuat terutamanya pada televisyen, akhbar-akhbar arus perdana. Bila ada penggunaan  internet semakin meluas, jadi maklumat kedua, maklumat alternatif ini kita boleh terima. Rakyat boleh membandingkan dan memerhati. Mereka sedang bangkit.

Berdasarkan pandangan peribadi Tengku, adakah rata-rata peneroka FELDA ini faham mengenai isu FGVH dan hubungkait dengan mereka berdasarkan lawatan Tengku sendiri ke rancangan-rancangan FELDA.

Saya yakin sekarang ini peneroka faham. Isu ini telah keluar dan NGO ANAK ini banyak turun padang, ceramah, mengeluarkan risalah.

Cuma, sifat orang Melayu ini, jika kita lihat zaman dahulu, dia nak bersilat pun dia kena pantun dulu. Jadi, perkara semacam ini mempengaruhi. Menunjukkan orang Melayu ni sopan. Bukan maksud saya kaum lain tidak sopan tapi merujuk kepada cara didikan dan budaya Melayu sendiri itu.

Walaubagaimanapun, dalam suasana sekarang, Melayu akan terus berubah dari masa ke semasa. Kalau dia marah pun dia senyap. Dia akan undi diam-diam pada Pakatan Rakyat.

Dalam isu FGVH ini saya yakin peneroka mula dan telah sedar. Bagilah apa maklumat sekalipun mereka akan terima.

Jadi tak semestinya apa yang kita terima dari media alternatif atau media arus perdana bila rata-ratanya kita tengok, dulu pun di Kerdau dan di Tenang, ramai peneroka tak berani keluar samada dengar ceramah atau terima risalah. Rasanya apa sebab berlaku demikian.

Dalamya pilihanraya kecil, tumpun serangan adalah lebih hebat. Kalau pilihanraya umum, ahli politik dan penyokong parti akan jaga kawasan masing-masing. Dalam pilihanraya kecil BN terutamanya dalam keadaan tertekan, mereka akan keluarkan sejumlah wang yang besar, mungkin jutaan, mereka nak menang.

Itulah yang berlaku dalam beberapa pilihanraya kecil yang lepas. Tapi kita nak buktikan bukan senang kerana bukan ahli politik atau calon yang akan bagi duit. Mereka akan gunakan proksi-proksi mereka. Ataupun melalui cara yang ‘halal’ contohnya mereka adakan cabutan bertuah. Tetapi persoalannya mengapa pada masa pilihanraya tidak masa lain?

Oleh kerana mereka menggunakan wang terlalu banyak dan oleh tekanan kepada pengundi dari pihak pembangkang khususnya, seperti takut gambar mereka keluar dimana-mana, itu salah satu sebab kita kalah. Tapi kalau kempen dalam keadaan bersih dan normal, kita yakin boleh menang.-roketkini.com

Bersambung : ikuti pandangan beliau tentang Melayu Pahang, DAP dan isu semasa.