Wawancara

Dr. Ong Kian Ming: Menjembatani akademia dalam politik semasa – Bah. Akhir

Kerangka akademik mungkin sahaja boleh terpisah dengan dunia politik. Apa pun dalam konteks semasa, menyertai parti politik bukan bererti kebebasan akademik terhalang malah amat diperlukan untuk memenuhi cita-cita dan aspirasi perjuangan. Ikuti wawancara eksklusif wartawan Roketkini, Izmil Amri berkisar kepada halatuju dan sistem pilihanraya di Malaysia bersama seorang tokoh muda, Dr. Ong Kian Ming, pakar dalam bidang analisa politik dari UCSI University yang baru menyertai DAP. Gambar oleh Wira Andika.
Sambungan…

Mengapa saudara menyertai DAP?

Apabila saya kembali ke Malaysia, seseorang dari Parti Gerakan menggalakkan dan meminta saya untuk mengetuai SEDAR bagi menggantikan seseorang yang meletak jawatan ketika itu dan peluang memang terbuka baik untuk saya ketika itu.

Akan tetapi saya tidak merasakan parti tidak mempunyai kepimpinan dan misi yang kuat ketika itu pada tahun 2010 dibawah kepimpinan Dr Koh Tsu Khoon sebagai Presiden ketika itu. Saya tidak dipelawa oleh beliau tetapi orang yang lebih rapat dengan Keng Yeik .

Saya menolak pelawaan itu kerana isu kepimpinan mereka. Saya tidak pula begitu rapat dengan MCA, jadi tidak ada tawaran yang datang. Dan secara jujurnya juga saya langsung tidak berminat.

Jadi kenapa bukan bersama PKR? Saya rasa PKR punya idea yang bagus, parti yang inklusif dalam konteks menjadi sebuah parti pelbagai kaum. Sekarang ini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai wakil yang dipilih sekurang-kurang kesemua empat bangsa; Melayu, Cina, India, Dayak.

Saya rasa PKR mempunyai ramai mereka yang idealistik dan berdedikasi tetapi saya lebih berminat selesa dengan kepimpinan yang ada pada DAP. Saya rasa mereka menggalak dan membenarkan saya untuk menjadi seorang yang paling efektif dalam konteks politik pihak oposisi.

Jadi, saudara memilih DAP kerana kepimpinan?

Kepimpinan yang paling utama kerana jika anda menyertai mana-mana organisasi ia tidak boleh kerana hanya idea pada kertas tetapi kita perlu melihat bagaimana idea itu dibawa oleh kepimpinan parti.

Adakah saudara akan memilih untuk menjadi seorang ahli akademik yang berpolitik atau mahu terus menjadi ahli politik?

Saya masih berhubung dengan UCSI. Saya masih berminat dengan kerja-kerja akademik dan berusaha menyumbang kepakaran saya ke dalam arena politik. Dengan menyertai parti, saya perlu memberi fokus lebih kepada keperluan politik terutamanya persediaan untuk pilihanraya umum akan datang. Jadi, fokus adalah untuk membantu parti.

Apa cita-cita politik saudara?

Saya sangat bersemangat untuk memberi sumbangan kepada proses politik negara ini dan mendapati, jalan untuk memberi sumbangan dengan lebih efektif ialah dengan dilantik sebagai wakil. Dari perspektif itu, saya terbuka dan bersedia dengan idea untuk menjadi calon sekiranya pimpinan parti memberi peluang.

Bila menjadi ahli politik, saudara tidak lagi mempunyai kebebasan akademik seperti sebelum ini, saudara akan terikat dengan parti, jadi apa pandangan saudara mengenai hal ini?

Pendapat saya, seseorang harus tahu apakah peranan yang mereka mainkan. Di mana akhirnya nanti? Ini persoalan penting. Atau, dalam konteks akademik, kebebasan akademik perlu digunakan dalam kerangka ini. Pandangan saya, teruskan kajian akademik anda dalam apa jua bidang dan rasanya tidak ada apa-apa masalah, contohnya seperti saya dalam bidang analisa pilihanraya. Untuk mengkritik parti, DAP, bukanlah komponen utama dalam agenda akademik saya. Seseorang itu harus jelas mengenai objektif mereka.

Objektif saya adalah untuk membawa perkara positif dalam negara saya melalui parti. Saya sangat percaya bahawa seseorang boleh menjadi pemain yang baik dalam parti jika idea yang dipegang oleh parti konsisten dengan apa yang kita percaya. Saya tidak ada masalah dengan itu.

Melawan sesuatu perkara yang remeh temeh bukanlah suatu perkara yang berbaloi. Tetapi jika berlaku situasi dimana kepimpinan parti melakukan tindakan yang boleh menjejaskan prinsip utama parti, ketika itu saya perlu serius melihat kepada peranan saya demi parti. Jika perkara itu berlaku, saya rasa bukan saya sahaja yang akan bersuara tetapi juga yang lain.

Bercakap mengenai peranan di dalam parti, saudara kini adalah penganalis politik, apakah peranan utama saudara sekarang dalam DAP?

Melakukan perkara yang berbeza untuk memperkasa parti adalah keupayaan dan kebolehan saya untuk pilihanraya umum akan datang. Analisa pilihanraya merupakan salah satu dari perkara yang boleh membantu parti dalam apa jua proses perbincangan dan strategi. Dengan menganalisa daftar pemilih akan memberi kefahaman yang lebih kepada parti dan pengundi. Dalam masa yang sama, saya mempunyai latar belakang akademik, jadi saya juga dapat membantu menyumbangkan idea dasar-dasar ekonomi yang mungkin boleh diketengahkan parti.

Mengenai analisis daftar pemilih. Boleh saudara kongsikan bersama apakah hasil dari analisis saudara untuk Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP)?

Melihat dan membuat kajian terhadap daftar pemilih merupakan antara perkara yang saya lakukan sejak tahun 2001. Ia merupakan sebuah projek akademik. Saya sangat terkejut apabila mendapati terdapat banyak masalah disini.

Contohnya mereka yang mempunyai nama perempuan dikategorikan sebagai lelaki, terdapat isu mengenai pengundi yang dibenarkan menukar kad pengenalan, ada juga pengundi yang kad pengenalan mereka diberikan kepda orang lain, di Sabah terdapat pengundi yang didapati warganegara asing terutamnya, ada kes dimana pengundi berkongsi kad pengenalan walaupun perbezaan umur mereka lebih 20 tahun, jadi terdapat banyak masalah sebegini muncul. Isu ini akan saya bukukan dalam laporan di MERAP, saya akan terbitkan untuk dijadikan rujukan kepada umum supaya mereka tahu dan membuat penilaian terhadap masalah dalam daftar pemilih kita.

Harapan saudara terhadap DAP

Sejak saya pulang ke Malaysia, saya begitu teruja dengan idealisme orang muda terutamanya selepas 2008. Mereka kelihatan tidak lagi takut dan dihantui pengalaman lalu seperti peristiwa 13 Mei, tidak lagi takut terhadap ISA dan saya rasa saya ingin menjadi sebahagian dari proses tersebut.

Saya ingin membawa lebih ramai golongan muda untuk bersama dalam proses politik negara kita bersama menyertai DAP, atau setidak-tidaknya berjaya meningkatkan kesedaran politik mereka mungkin juga dengan menyertai NGO atau parti politik lain.

Saya juga mempunyai kesungguhan untuk memperkukuhkan imej DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum.

Sebelum ini, saya bukan bersekolah aliran Cina tetapi bersekolah di Sekolah Kebangsaan La Salle. Di sini, kami melakukan banyak perkara dan aktiviti bersama dan kualiti pada ini patut dibanggakan.

Saya berasakan bahawa ini merupakan salah satu dari aspirasi yang perlu dicapai dan saya percaya bahawa DAP merupakan sebahagian dari gelombang ini sepertimana juga Pakatan Rakyat demi menuju Malaysia yang tidak lagi melihat dan membataskan semuanya diatas nama kaum, ia merupakan perkara penting buat saya dan semua kita harus bersatu. – Roketkini.com