Wawancara

Anak muda mahu cetus perubahan

Beliau menyertai DAP baru-baru ini atas keinginan untuk menyumbang tenaga dan idea dalam satu era yang penuh cabaran. Rasa keterujaan inilah yang mendorong beliau meninggalkan karier sebagai jurutera dan menyertai DAP. Ikuti wawancara ringkas wartawan roketkini Iza Suraiya Zainudin bersama Yeo Bee Yin.

Kenapa menyertai Politik dan DAP

Saya menyertai politik kerana ingin melihat perubahan dalam sejarah politik di Malaysia. Saya menyertai politik kerana mahu menyumbang dan bukan menjadi pemerhati itu yang paling penting.

Bagaimana saudari melihat DAP

Setelah melihat, dan sebelum ini saya juga merupaka sukarelawan di HQ DAP , jadi saya teruja melihat di HQ DAP rata-rata pekerjanya adalah orang muda dan tiada birokrasi saya juga rasa pemimpin seperti Lim Kit Siang juga mudah didekati. Saya juga saya diterima dengan baik, saya juga rasa walaupun sebelum menyertai DAP.

Saya suka bekerja disini kerana mereka sangat dinamik dengan tugas mereka dan berpendirian dengan dasar yang dibawa. Contohnya, Saudara Lim Kit Siang yang berpendirian dengan dasar yang beliau bawa, walaupun pernah dimasukkan ke penjara. Kerana saya cuma ingin melihat segala dasar yang dirangkakan dilaksanakan sebaaik mungkin.

Bagaimana pula peranan saudari setelah menyertai DAP

Oleh kerana saya terlibat ‘sosial media’ jadi saya sedang menyediakan bahan-bahan untuk kempen pilihanraya yang akan datang. Selain itu, saya juga aktif di cawangan Damansara, membantu jika ada program –program yang dianjurkan seperti majlis jamuan makan malam, di samping membantu kerja-kerja kemasyarakatan jika ada aduan daripada penduduk setempat. Jadi, saya melakukan dua kerja satu di HQ DAP dan satu lagi kerja di cawangan Damansara.

Pandangan Saudari mengenai Agenda Wanita Muda dalam perspektif orang muda

Saya rasa pemimpin Wanita Pakatan Rakyat mempunyai pandangan politik untuk membawa agenda ini kehadapan dan menentukan arah Agenda Wanita Malaysia.

Saya rasa apa yang amat menarik dalam Agenda Wanita Malaysia ini kerana menambah peratusan tenaga kerja wanita daripada 47%  kepada 60%. Hal ini bukan sahaja hak demokratik tetapi juga memberikan keuntungan dari sudut ekonomi. Kerana jika dilihat kini, banyak lepasan graduan adalah wanita dan keputusan mereka  juag jauh lebih baik dari lelaki tetapi akhirnya hanya duduk dirumah kerana tidak diberikan peluang pekerjaan.

Jadi, saya rasa jika kita memberikan ruang dan peluang yang sesuai kepada wanita, mereka boleh bekerja dan menjaga anak sebenarnya mereka juag mampu menyumbang kepada negara. Jadi, kita mahukan pusat jagaan kanak-kanak ini diadakan dan dilaksanakan. Ganguan seksual, sehingga sekarang kita masih tidak menerima statistik yang sebenarnya dan tiada tindakan yang dikenakan walaupun ia amat penting kepada golongan wanita terutamanya.

Saya juga tidak boleh katakan semua polisi yang ada dalam Agenda Wanita Malaysia ini semuanya baik, tapi kita juga memerlukan masa untuk memastikan perancangannya berjaya dilaksanakan.

Seharusnya Wanita di Malaysia ini juga diberikan peluang yang secukupnya terutama dalam bidang pekerjaan kerana, wanita juga mempunyai daya aspirasi dan jati diri yang baik seperti yang ada dalam rancangan buku Agenda Wanita Malaysia.

Tapi inilah yang sebenarnya kita tidak dapat lihat, dan saya pasti jika mulakan sedikit demi sedikit selepas 5 tahun kita boleh mencapai apa yang kita mahukan melalui agenda ini. Dan saya harap, melalui agenda ini agar wanita akan merasi hidup lebih bermakna dan sentiasa bahagia.

Apakah harapan saudari pada DAP

Saya harap parti ini akan terus kekal dinamik bukan sahaja untuk menarik minat golongan muda menyertai atau memberi sumbangan, tetapi juga untuk memperkukuh Pakatan Rakyat demi sebuh perubahan Malaysia yang baru dan harmoni.-roketkini.com