Berita

Malaysia “Negara paling selamat di Asia Tenggara”?

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Jenayah yang semakin berleluasa menyebabkan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan adalah satu lagi sebab kukuh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Putrajaya harus ditukar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jika begitulah keadaannya, mana bukti yang pemimpin BN, terutama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri dakwa Malaysia sebagai “negara paling selamat di Asia Tenggara” mengikut Global Peace Index (GPI) 2011 dan 2012.

“Tiada maknanya Malaysia sebagai “negara paling selamat di Asia Tenggara” jika rakyatnya hidup dalam kebimbangan dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi,” katanya dalam kenyataan media mengenai Perhitungan Detik 92 hari ke PRU-13.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, apa yang ditulis seorang pegawai editorial media perdana (BN MSM) terpenting BN dalam blognya semalam: “Mengapa semua penjenayah ini masih merompak dan mencederakan orang ramai di lampu isyarat, di rumah mereka dan di mana-mana pun? “Mengapa mereka begitu berani?

Katanya, pegawai editorial BN MSM menulis di dalam blog sebagai respon kepada jenayah kejam yang dilaporkan New Straits Times (ms 13) semalam “Attacked and robbed on busy street – Traumatic: Woman in car punched and left unconscious but no one came to couple’s aid” berkenaan bekas juruterbang Air Asia, Kapten Gurcharan Singh Sidhu dan isteri beliau Datin Arunee Dee yang diserang di dalam kereta mereka di satu lampu isyarat di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur pada petang Ahad dan dirompak oleh dua lelaki menaiki motosikal.

Bagaimanapun, tetapi tidak ada kesudahan atau terhentinya jenayah kejam itu kerana hari ini New Straits Times membawa satu lagi laporan “Foreigner loses RM35,000 to snatch thieves – IN SHOCK: Mother of two was at a traffic light junction when 6 men on motorcycles attacked” (ms. 27), menceritakan mengenai seorang warga Australia yang mengandung terkejut apabila tingkap keretanya dipecah dan beg tangannya diragut ketika sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Bandar Utama di Petaling Jaya, pagi Selasa lalu.

“Ini semua amat menyedihkan kerana kisah lama yang sama diulang dan diulang…dan jenayah seperti ini berlaku di banyak lokasi sekitar Lembah Klang, terutamanya berhampiran simpang lampu isyarat…

“Sejujurnya – saya hidup di dalam ketakutan. Keluar saya hidup dalam ketakutan dan bukan kami sahaja merasakan begitu. Bukan hanya penduduk kawasan perumahan takut diserang pada bila-bila masa. Orang yang memandu kereta, orang yang berjalan kaki…akan takut apabila tiba di depan pintu rumah anda – kalau-kalau ada yang mengekori anda atau menunggu untuk bertindak.

Menurut Kit Siang, walaupun polis sudah membeli banyak motosikal baru untuk anggotanya melakukan rondaan, namun kegiatan jenayah terus berlaku.-Roketkini.com