Rencana

Belek – Transformasi Tak Menjadi 1Malaysia

“…KEMUNCAKNYA sebuah negara yang hebat: sebuah negara yang diharapkan agar setiap warga Malaysia melihat dirinya  terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia, dan kemudiannya barulah melihat dirinya berdasarkan bangsa, agama, kawasan geografi dan latar belakang sosial“

Berapa ramai yang sewaktu belek-belek laman di internet, pernah terbaca petikan di atas yang bunyi memang gempak? Walaupun bunyinya seperti apa yang Pakatan Rakyat berusaha pupuk, hakikatnya petikan di atas merupakan matlamat kemuncak slogan 1Malaysia Najib Razak. Tercatat jelas di dalam dokumen Pemandu.

Yang dah pernah baca mungkin mencebik, yang tak pernah baca berkerut, yang tak pernah peduli ternganga. Orang yang mahu itu jadi kenyataan tentulah akan mengelak melakukan perkara-perkara yang cuma mememecahbelah warga. Hingga menjadi semakin gila berpuak-puak mengikut kaum, agama, kawasan dan latar belakang sosial.

Tetapi apakah Perdana Menteri yang mengagung-agungkan simbol 1Malaysia itu “cakap serupa bikin”?

Sehingga hari ini Najib Razak masih berkempen mengapi-apikan sentimen agama dan kaum. Ditayang secara tertutup filem Tanda Putera  kepada peneroka Felda. Filem yang Jemaah Menterinya sendiri putuskan “terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat negara ini“.

Terbaru, masih tak berhenti mengapi-apikan kononnya undi untuk PKR akan merosakkan akidah, undi untuk PAS akan memecahbelahkan umat Islam manakala undi DAP akan mengakibatkan penindasan Islam. Kalau api perkauman diadun dengan agama masih jadi mainan menakut-nakutkan, bila Najib Razak nak lihat warga di Malaysia mencapai matlamat 1Malaysianya?

Nak lain tapi buat lain. Jadi tak perlulah beri alasan lambat adakan PRU-13 kerana mahu buktikan bahawa dasar transformasi negara boleh berjaya. Bagaimana matlamat 1Malaysia itu sendiri nak berjaya? Sekadar berjaya jadi jenama seluar dalam agaknya.