Berita

PR yakin rampas semula Perak, mampu menang 38 kerusi

Gambar TheMalaysianInsider.

TAIPING, 29 April: Pakatan Rakyat (PR) yakin mampu merampas semula Perak daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu yang kini tidak keberatan untuk mengundi bukan Cina mewakili mereka.

Cina adalah pengundi minoriti di kebanyakkan kerusi pendalaman di mana PR, terutamanya PAS kalah dengan majoriti kecil pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Setiausaha DAP Perak, Ngar Kor Ming berkata, PAS, DAP dan PKR kini berkempen sebagai satu pasukan di bawah payung PR, komuniti Cina luar bandar sudah semakin selesa untuk mengundi calon Melayu daripada PAS atau PKR.

“Tinjauan terbaru, kami yakin memenangi antara 35 dan 38 dan paling banyak 40 kerusi,” katanya ketika berkempen di Trong, dekat Taiping, Jumaat lalu.

Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak. Pada PRU 2008, DAP, PKR dan PAS secara kolektifnya memenangi 31 kerusi berbanding BN hanya 28 kerusi.

Menurut Nga, sebagaimana tempat lain di Perak, kekalahan di Trong sebahagian besarnya kerana kekurangan sokongan Cina kepada calon PAS, Norazli Musa, kerana takut dengan pendirian parti Islam ketika itu.

Selain itu, PAS juga kalah di 15 kerusi DUN pada PRU 2008, 10 kerusi dengan majoriti kecil kurang 1,000 undi dan lima kerusi kurang daripada 500 undi.

Berdasarkan situasi sekarang, Nga berkata, sokongan Cina di kawasan pedalaman Perak boleh meningkatkan sokongan sebanyak 10 peratus dan peralihan selebihnya memihak kepada PR, 5 Mei ini.

“Di Perak, PR mendapat lebih kurang 70 peratus undi Cina sebelum ini. Jika kita boleh meningkatkan kepada 80 peratus, kita bukan saja boleh menubuhkan kerajaan yang stabil untuk mengelak ada calon lompat parti,” katanya.

Kerajaan PR Perak jatuh pada 2009 selepas memerintah selama 11 bulan kerana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.

Ketika PRU 2008, tiga parti menang di Perak sebahagian besarnya kerana sokongan Cina, terutamanya di kerusi kawasan bandar di Lembah Kinta.

DAP memenangi semua 18 kerusi majoriti Cina yang mereka tandingi dan kalah di kerusi Parlimen Kampar.

Bagaimanapun kali ini, katanya, bintang paling besar DAP, Lim Kit Siang meninggalkan kerusi Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah sebagai strategi parti itu untuk meningkatkan kempen mereka di negeri selatan tanah air.

“Ketiadaan Kit Siang di Ipoh Timur tidak menjejaskan peluang DAP yang sebelum ini bimbang akan kemarahan penyokong di kawasan itu.

“Kehadiran pemimpin veteran DAP itu masih dirasai di sepanjang Lembah Kinta dan sokongan Cina kepada PR terus kuat. Mereka faham Kit Siang berpindah ke Johor. tetapi sesetengahnya bimbang Kit Siang akan kalah di Gelang Patah,” kata Thomas Su yang menggantikan Kit Siang bertanding di Ipoh Timur.

Penyandang kerusi Pasir Panji itu menambah kebanyakkan tempat, bukan saja bersalaman dan sorakkan yang diterima calon DAP dalam walkabout mereka, tetapi tepukan gemuruh.

Pada sesi “teh tarik” bersama Lim Guan Eng menarik ramai orang di Kinta Riverfront Hotel & Suites yang turut disertai pemimpin DAP Perak termasuk Su, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan bekas Speaker Perak V Sivakumar. – Roketkini.com