Berita

Hannah Yeoh sumbang bantuan kepada masjid, surau di Subang Jaya

KELANA JAYA, 20 JULAI:  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan menyampaikan bantuan kepada enam masjid dan 17 surau di sekitar Subang Jaya sempena Ramadhan tahun ini.

Menurut beliau, sumbangan PR itu adalah atas inisiatif untuk mempermudahkan kegiatan ibadah mereka pada bulan yang mulia ini.

“Setiap tahun sempena Ramadhan, saya akan memberi sumbangan kepada masjid dan surau sebagai menghormati hubungan sesama manusia dan membantu memudahkan urusan umat Islam.

“Saya juga berharap ia dapat dimanfaatkan bersama penduduk berhampiran supaya dapat memeriahkan lagi program keagamaan di surau dan masjid  sempena Ramadhan,” kata Hannah Yeoh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor selepas menyerahkan sumbangan itu di Pejabatnya, semalam.

Setiap masjid menerima sumbangan bernilai RM2,000 dan surau pula menerima RM1,000 daripada Pejabat Adun DAP Subang Jaya itu.

Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan itu ialah Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen.-Roketkini.com