Berita

DAP harap CEO baru pulih prestasi Maybank menjadi bank gergasi di Asia Pasifik

tony pua picKUALA LUMPUR, 4 OGOS: DAP mengalu-alukan pelantikan Datuk Abdul Farid Alias ​​sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baru Malayan Banking Bhd (Maybank) menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan berharap beliau mampu membawa bank itu ke tahap yang lebih baik, telus dan akauntabiliti.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua juga berharap Abdul Farid dapat menjelaskan keraguan rakyat berhubung pembelian ekuiti saham sebanyak 5,065,380,000 dalam Bank Antarabangsa Indonesia (BII) yang mewakili kira-kira 9% daripada modal saham kepada pelabur pihak ketiga seperti diumumkan pada Jun lalu.

“Pertikaian mengenai pembelian saham itu ditimbulkan kerana Maybank tidak mendedahkan butiran pembelian seperti harga transaksi (urus beli) dan siapa pihak ketiga yang menjadi pemegang saham.

“Kami ingin mengetahui berapa peruntukan untuk proses jual beli itu menentukan kerugian Maybank yang mendapat kritikan hebat semua pihak pada 2008,” ,” kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Pada 2008, pembelian BII dikatakan membabitkan kos sejumlah Rp8.25 bilion bersamaan Rp455 bagi satu lot saham.

Bagaimanapun pada akhir Januari 2012, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor memberitahu pada media antarabangsa Reuters bahawa Maybank tidak akan melakukan urus niaga sekiranya ia hanya mendatangkan kerugian.

Megat Zaharuddin yang juga Presiden Pesuruhjaya BII berkata, pihak bank tidak akan menjual ekuti sekiranya ia di bawah Rp510 iaitu harga yang perlu dibayar sebelum mendapat potongan untuk membeli saham itu pada 2008.

Pada 1 Julai 2013 The Edge mendedahkan sumber perbankan mendakwa sembilan peratus daripada ekuti pegangan saham dijual pada harga Rp355 di mana ia jelas  menunjukkan 21.9% lebih rendah daripada apa yang dikatakan sebelum ini.

Sembilan peratus daripada ekuiti saham itu diterjemahkan dalam bentuk kerugian sebanyak RM157 juta dan akan berteruskan sehingga RM1,74 bilion.

Menurut Pua, situasi bertambah meruncing apabila harga saham BII yang diniagakan sejak lima tahun lalu tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

Katanya lagi, pada minggu lalu, BII ditutup pada harga Rp315 atau jatuh 30.7% daripada harga pengambilalihan  walaupun pasaran ekuiti global mencecah paras tertinggi rekod pada masa ini, tetapi Maybank sudah boleh mengira kerugian di atas kertas sebanyak RM2.5 bilion atas pengambilalihan.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berharap Farid dapat Maybank bukan sahaja terus menjadi gergasi di negara ini tetapi menjadi pemimpin di Asia Pasifik.

Menurut ranking terbaru The Banker The Financial Times, Maybank, dengan modal peringkat-1 daripada AS$12.61 bilion (RM40.89 bilion), berada pada kedudukan ke-15 di kalangan bank di Asia Pasifik (tidak termasuk China dan Jepun) dan kedudukan ke-95 di dunia. Singapore yang mempunyai tiga bank berada pada kedudukan lebih tinggi daripada Maybank – DBS, OCBC dan UOB iaitu ke-58, 74 dan 80.

“Prestasi Maybank menjadi kepentingan awam bukan sahaja kerana menjadi kebanggaan negara, tetapi yang lebih penting kerana hampir 70% daripada Maybank dimiliki oleh dana awam diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, FELDA, KWAP dan LTAT. Mana-mana krisis di Maybank bukan sahaja akan memberi kesan sistemik pada sistem perbankan Malaysia keseluruhan tetapi akan mewujudkan kerugian besar bagi dana awam kita,” katanya.-Roketkini.com