Rencana

Perutusan Aidilfitri Ketua Menteri Lim Guan Eng: Bersatu membanteras jenayah

hari raya FB cover-01 (2)

Dalam suasana kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434, prinsip “amar maaruf nahi mungkar” merupakan suatu pedoman yang boleh diterima pakai bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga oleh penduduk bukan Islam. Itulah sebabnya suatu pentadbiran yang bersih, pemimpin berintegriti dan kerajaan berjiwa rakyat merupakan formula terbaik untuk perpaduan negara dan juga memerangi jenayah.

Langkah-langkah integriti Cekap, Akauntabel dan Telus atau CAT seperti tender kompetitif terbuka, pengharaman ahli keluarga para pentadbir kerajaan daripada berurus-niaga dengan kerajaan, pendedahan penuh kontrak kerajaan dengan pihak swasta serta pengistyiharaan harta secara umum oleh semua ADUN kerajaan negeri telah berjaya mencapai kedudukan hampir sifar rasuah di Pulau Pinang. Kejayaan urus tadbir CAT memang diakui umum sejak diterima pakai pada 2008.

Belajawan memperolehi lebihan atau surplus setiap tahun, Majlis Perbandaran Seberang Perai yang bengkerap diselamatkan, rizab asset ditambah 50% dalam 5 tahun dan hutang kerajaan negeri dikurangkan sebanyak 95%! Di samping itu, rakyat dapat berkongsikan hasil kejayaan ini dengan pelbagai program emas yang diberikan kepada warga emas, waris warga emas, OKU, ibu tunggal, pelajar sekolah dan mahasiswa, anak emas dan suri rumah yang tak bekerja.

Kerajaan negeri PR yakin bahawa formula CAT boleh digunapakai untuk menangani masalah bekalan rumah mampu milik yang tidak mencukupi dan kesesakan lalu lintas atas peningkatan ketara pelawat-pelawat ke Pulau Pinang. Ini dicerminkan dalam perubahan laluan trafik kepada arah sehala di Pulau Tikus dan perancangan pembinaan 22,172 unit rumah mampu milik di kesemua 5 daerah di Pulau Pinang.

Masalah jenayah yang kian meruncing dapat ditangani dengan formula yang sama demi mengekalkan status Pulau Pinang sebagai di antara negeri yang paling selamat di Malaysia. Marilah kita bersatu padu untuk menghadapi ancaman serius ke atas keselamatan awam daripada penjenayah-penjenayah baik penyamun dan pembunuh mahupun mereka yang makan rasuah.

Janganlah kita semua diselubungi oleh permainan politik kebencian, momok-memomok, ugutan dan keganasan untuk memecah-belahkan kita semua berdasarkan bangsa dan agama. Tak kira kita Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan musuh serupa kita semua adalah daripada bangsa jenayah, sedangkan kita semua adalah terdiri sebagai bangsa mangsa jenayah. Satukan rakyat untuk kalahkan penjenayah!

LIM GUAN ENG