Berita

Tubuh RCI untuk sembuh luka rusuhan 13 Mei 1969, bukan hukum sesiapa: DAP

adegan tanda putra (4)KUALA LUMPUR, 27 OGOS: DAP hari ini menyeru Kabinet supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dengan segera esok agar dapat menyembuhkan luka paling buruk dalam rusuhan kaum yang berlaku dalam insiden 13 Mei 1969.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, RCI ini bukan bertujuan menghukum pesalah tapi untuk bergerak ke hadapan dan memecahkan tembok perkauman yang tidak berpenghujung dalam negara.

“Dalam ucapan pertama saya di Parlimen 42 tahun lalu iaitu 23 Februari 1971, saya telah menyeru agar RCI ditubuhkan bagi menangani peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk mengetahui punca bagaimana ia boleh berlaku, menilai polarisasi kaum dan mengambil langkah pencegahan supaya tidak berulang.poster tanda putra (3)

“RCI juga harus di dilaksanakan untuk menghapuskan hantu-hantu 13 Mei daripada terus digunakan pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 1969 sehingga sekarang untuk mengugut pengundi dari bebas menjalankan hak perlembagaan mereka.

“Daripada menghabiskan dana awam dengan memberikan ‘lesen kreatif’ kepada seorang pengarah filem untuk mencipta peristiwa palsu berkenaan rusuhan 13 Mei 1969, saya menyeru Kabinet menubuhkan RCI esok. Ia adalah satu-satunya cara generasi muda Malaysia akhirnya dapat mengetahui bagaimana dan mengapa peristiwa hitam dalam sejarah ini boleh berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah turut menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba menyenaraikan kejadian cereka dan tidak sah 13 Mei yang dipaparkan dalam filem itu supaya tidak mengeliru serta menghasut rakyat.

“Memandangkan beliau sendiri mengakui bahawa filem arahannya itu adalah filem cereka sekitar rusuhan kaum, jadi beliau harus mempertimbangkan dengan serius nasihat saya.

“Walaupun beliau berbangga dengan dirinya sebagai pengasas awal filem-filem seram, tapi dia boleh menganggap Tanda Putera juga dalam genre ‘filem-filem hantu’ yang pernah dibuat olehnya sebelum ini.

adegan tanda putra (1)“Shuhaimi mesti sedar dan memiliki rasa tanggungjawab pada negara, terutama kepada generasi masa kini dan masa depan untuk melindungi serta menggalakkan muhibah antara kaum, keamanan dan keharmonian masyarakat,” tegasnya.

Kit Siang turut menyenaraikan tiga adegan dalam Tanda Putera seperti mana tertera dalam ulasan bertarikh 21 Februari oleh laman portal Malaysiakini dengan tajuk ‘Tanda Putera a double-edged sword’ yang boleh mengeliru dan mencetus api perkauman antara kaum.

Tiga adegan itu adalah babak menunjukkan sekumpulan pemuda Cina kencing pada sebatang tiang bendera di luar kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, dan adegan dipawagam dimana skrin terpadam, ditukar dengan kata-kata dalam bahasa Mandarin meminta orang Cina meninggalkan tempat itu, kemudian seorang lelaki tiba-tiba menjerit dalam bahasa adegan tanda putra (3)Melayu mempersoalkan mengapa ada tulisan Mandarin di skrin pawagam dan meminta filem diputarkan semula, seterusnya mengakibatkan berlakunya rusuhan beramai-ramai.

Kit Siang menambah, satu lagi adalah adegan sepanjang berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum, ada seorang lelaki Cina misteri memerhatikan kejadian dan kemudian didedahkan sebagai pemimpin komunis, menunjukkan bahawa komunis ada kaitan dalam keganasan yang berlaku.

“Saya telah mempersoalkan kebenaran kejadian kencing itu dan adakah adegan yang kedua serta ketiga adalah tulen atau hanya khayalan dan benar-benar timbul dari imaginasi pengarah sendiri?,” soalnya. -Roketkini.com