Berita

Karpal: Jangan main-main dengan DAP

PETALING JAYA, 29 SEPT: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh memberi amaran terakhir kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk memperkotak-katikkan DAP sepertimana yang telah berlaku.

“Kita mahu beri amaran kepada ROS, jika mereka langgar undang-undang, kita akan bawa mereka ke mahkamah. Ini amaran terakhir kepada mereka. Jangan main-main.

“Kehadiran lebih 85 peratus pada pagi ini menunjukkan kepada kita, kepada ROS bahawa kita adalah parti yang kuat dan saya takkan biarkan mereka melakukan sesuatu kepada parti kita,” tegasnya disambut tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor itu, DAP merupakan sebuah parti yang berprinsip dan tidak akan membiarkan kesilapan yang berlaku didiamkan.

“Malangnya, kawan kita sendiri, ahli yang telah mengkhianati parti dengan membawa iau ini kepada mahkamah. Dia berani bawa kita (DAP) kepada mahkamah dan mahkamah bagaimana pun membenarkan untuk kita adakan pemilihan semula. Ia adalah sah. Mana dia David Dass ini sekarang?

“Mereka yang mengkhianati parti harus dipecat,” tegas beliau.

Karpal dalam masa yang sama turut memuji semangat yang ditunjukkan pimpinan muda dan mahu agar mereka menjadi pelapis yang kuat pada masa akan dating.

“Orang muda ini, anda adalah pelapis untuk menubuhkan kerajaan masa depan. Untuk Malaysia yang lebih baik.

“Apa yang saya lihat, kita jangn putus asa kerana kita ada peluang dalam pilihan raya akan datang. Kita dan Pakatan Rakyat (PR) akan berjuang merebut kuasa dari Barisan Nasional (BN),” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Karpal berharap agar para [perwakilan memilih barisan CEC yang mantap dan kuat.

“Ini bukan bermaksud CEC lama tak kuat, tapi kita perlu buktikan sekali lagi bahawa kita mempunyai barisan CEC menunjukkan yang kuat,” katanya. – Roketkini.com