Rencana

Sheryl Sandberg dan Gerakan “Lean In” – Oleh Aishah

Corporate advancement for women has nothing to do with feminism. The corporation is inherently patriarchal and oppressive– Simone de Beauvoir.

Buku tulisan Sheryl Sandberg iaitu Lean In menjadi fenomena dunia apabila dikatakan ia merupakan satu lagi bentuk gerakan feminisme, yang datang daripada seorang elitis.

Mengkagumi Gloria Steinem, maka tidak hairanlah bagi Sheryl untuk meneruskan impian gelombang feminisme kedua – isu dan perjuangan yang tentunya sangat berbeza dengan sejarah dan budaya di tempat lain, lebih-lebih lagi di negara yang pernah dijajah dengan “White man’s burden”.

Buku ini mengisahkan mengenai pengalaman Sheryl Sandberg sepanjang pembabitannya dalam bidang korporat, di samping beberapa rakannya menghadapi persepsi bias gender orang sekeliling. Buku ini menjelaskan sebab subordinasi wanita di tempat kerja atau lebih tepat lagi di ruang publik.

Umum mengetahui, wanita terikat dengan “social expectation” iaitu bagaimana menjadi isteri yang ideal – masalah sejak zaman Victoria. Sheryl juga memberitahu imej yang dilekatkan sejak kanak-kanak lagi.

Pembezaan layanan ini menyebabkan perbezaan peranan dan tanggapan yang dibentuk oleh masyarakat terhadap budak lelaki dan perempuan. Konstruksi sosial ini bukan perkara baru untuk diterangkan dalam bukunya sebanyak 217 halaman.

a-dolls-houseBerpadanan dengan “Sit at the Table” yang dianjurkan beliau, seharusnya feminisme bererti berjuang untuk mendapatkan hak yang setara dalam sosial, ekonomi dan politik.

“To sit” dan “to act” adalah dua perkara yang berbeza. Dalam hal ini, Sheryl mungkin berpendapat dengan duduk pada kedudukan eksekutif telah menjadikannya sebagai model untuk diikuti. Itu secara tidak langsung membuatnya harus mematuhi sistem kebapaan dan berharap dapat ‘memujuk’ organisasi yang didominasi lelaki itu membuat perubahan daripada dalam sistem.

Menurutnya lagi, “couples who share domestic responsibilities have more sex … the best way for a man to make a pass at his wife might be to do the dishes”, perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan seorang isteri yang melayani suaminya untuk mendapatkan beg tangan, cincin berlian dan duit membeli belah.

Sheryl pada mulanya memberitahu pembaca bahawa pentingnya untuk membuat keputusan sendiri, kemudian penuh dengan kontradiksi.

“It’s no surprise that Sandberg’s book hits the bestseller list in the same era as Fifty Shades of Grey, the book that so many women called “hot” but was, in fact, a true setback for us all.” Vanessa Garcia Huffington Post Women

Wanita perlu melakukan seks sebagai ganjaran kepada suami yang membasuh pinggan, ini tidak membantu kesedaran suami bahawa kerja rumah harus dikongsi. Malah apa bezanya, seekor anjing diberikan makanan kerana menjaga rumah dengan baik? Bukankah ini juga yang dialami wanita yang tersubordinasi di rumah sejak dahulu – suami sebagai breadwinner dan isteri melayani kehendak suaminya? Jadi, wanita masih tidak boleh membuat keputusan dalam rumah tangga dan juga tidak memegang ekonomi.

Amat menyedihkan sekali, pemikiran Sheryl Sandberg, COO Facebook pada abad ke-21 sama seperti suri rumah yang digambarkan oleh Betty Friedan sebagai “happy housewives heroin” dalam Feminine Mystique.

Bagaimanapun, buku ini dapat dianggap sebagai buku motivasi yang baik kerana menghimpunkan petikan ‘motivasi’ menarik. Menjadikan ia antara lambakan buku motivasi yang terdapat di pasaran, kali ini ditulis oleh wanita, berpendidikan Harvard dan menjawat jawatan tertinggi.

“A truly equal would be one where women ran half our countries and companies and men ran half of our homes.”

“Many people are not interested in acquiring power, not because they lack ambition but because they are living their lives as they desire.”

“When a girl tries to lead, she is often labeled bossy. Boys are seldom called bossy because a boy taking the role of a boss does not surprise or offend.”

“..children as [a] role model. A child can cry one moment and run off to play the next.”

“..people who believe that they speak the truth are very silencing of others.”

“the upside of painful knowledge is so much greater than the downside of blissful ignorance.”

“So even if “mother knows best” is rooted in biology, it need not be written in stone.”

“Society has long  undervalued the contributions of those who work without a salary.”

Tuntasnya, buku ini satu percubaan yang baik bagi wanita di peringkat eksekutif mendorong wanita lain turut terlibat dan keluar dari ruang selesa. Ia satu bentuk alternatif dan setidaknya buku ini mencetus kepada diskusi lainnya.