Berita

Persetujuan 10 Perkara UMNO-BN dengan masyarakat Kristian dikhianati

KUALA LUMPUR, 6 JANUARI: Tindakan pimpinan UMNO menyokong serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Persatuan Alkitab Malaysia dan merampas 300 naskhah Al-Kitab bahasa Melayu jelas mencabul Penyelesaian 10 Perkara yang disepakati Kerajaan dan masyarakat Kristian pada 2 April 2011.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhubung tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyokong dan mempertahankan demonstrasi haram terhadap umat Kristian.

Menurutnya, kelakuan Muhyiddin dan Noh itu juga membangkitkan persoalan serius tentang keikhlasan, keseriusan dan komitmen pemimpin UMNO terhadap jaminan asas kebebasan agama yang terkandung dalam Perlembagaan.

“Penyelesaian 10 Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Jemaah Menteri pada April 2011 untuk mengakhiri kontroversi Alkitab dan ia ditegaskan menerusi surat rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Ng Moon Hing pada 11 April 2011.

“Apakah Muhyiddin dan Noh Omar kini tidak menyokong Penyelesaian 10 Perkara atau mereka tidak mahu terbabit lagi dalam persetujuan itu? Apa yang dilakukan mereka jelas bertentangan dengan teks dan semangat penyelesaian.

“Saya telah menyeru Najib untuk memanggil mesyuarat Jemaah Menteri buat kali pertama tahun ini pada Rabu nanti agar dapat memperakui Penyelesaian 10 Perkara kerana Muhyiddin dan Noh yang telah mengesahkan persetujuan itu nampaknya kini telah berubah fikiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu juga menegaskan, Kabinet pasca PRU 13 sepatutnya perlu menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bagi terhadap Penyelesaian 10 Perkara itu kerana mereka sendiri telah mempersetujuinya.

“Muhyiddin perlu menyatakan pendirian jelas memandangkan beliau telah bertindak jauh diluar kandungan dan semangat Penyelesaian 10 Perkara dengan menyokong serbuan haram oleh JAIS, malah menyokong protes diluar gereja.

“Perkara 7 dalam Penyelesaian 10 Perkara itu jelas menyebut bahawa arahan dikeluarkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan isu Injil diimplementasi dengan cara berkesan mengikut ahli Kabinet. Tindakan disiplin akan