Berita

Guan Eng kecam kes pukul pegawai kerajaan, mesyuarat tergempar esok

GEORGE TOWN, 23 JANUARI: Satu mesyuarat tergempar membabitkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mengenai insiden Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan Omar dipukul individu tertentu di Teluk Bahang, dua hari lalu akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri kira-kira jam 3.00 petang esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, insiden seorang pegawai kanan dipukul secfara terbuka di derpan anggota polis tidak pernah berlaku di Malaysa.

Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian pada sidang media di KOMTAR, tengahari tadim yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Prof P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan).

Justeru itu, Guan Eng menasihatkan semua pihak supaya tidak terperangkap dengan tindakan agresif kumpulan berkenaan.

“Jangan terperangkap dengan jerat mereka yang mengadakan tindakan provokasi lain pula seperti mereka,” ujarnya.

Sebelum itu, Mohd Rashid berkata, kerajaan negeri mengecam tindakan ganas sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab di mana ahli pertubuhan seperti PERKASA dan UMNO berada di kawasan kejadian.

Kecaman itu turut dipanjangkan pada Majlis Perundingan dan Keselamatan Negeri yang membabitkan semua ketua pasukan keselamatan, pegawai daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) pagi tadi.

“Kerajaan negeri menghargai jaminan Ketua Polis Negeri, Senior Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Hanafi pada mesyuarat pagi ini bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memukul Abu Hassan,” ujar Mohd Rashid.

Menurut beliau, kerajaan negeri meminta tindakan diambil mengikut Seksyen 186 dan 332 Kanun Keseksaan ke atas individu terbabit.

Pada hari kejadian, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap 14 struktur gerai haram yang sedang dibina dan yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis.

Berikutan insiden itu, Mohd Rashid berkata, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa kerajaan negeri hanya merobohkan gerai Melayu. – Roketkini.com