Wawancara

Tan Kok Wai berkisah perihal masa depan Malaysia (Bahagian II)

Sambungan daripada Bahagian 1

Bagaimana pula dengan rundingan kerusi, khususnya rundingan saat akhir?

Jika tidak ada kerusi baru ditambah dan dibuat akibat amalan persempadanan semula, saya percaya PR boleh membuat kesimpulan kerusi melalui rundingan awal kecuali ada beberapa rundingan semula disebabkan masalah strategik.

Bagaimanapun, jika persempadanan dilakar semula atau kerusi baru ditambah, maka kita mungkin perlu berunding sekali lagi. Kita tidak mahu salah faham berlaku akibat rundingan yang lambat dibuat. Namun, walaupun rundingan kerusi hanya berjaya dibuat pada saat akhir contohnya dalam PRU lalu, tapi PR tetap berjaya mengelakkan
pertembungan sesama sendiri dihampir semua tempat.

Sukar untuk saya menyalahkan sesiapa kerana semua pihak telah menjalankan tugas dengan baik. Pertindihan yang berlaku juga sangat kecil, dalam PRU lalu hanya kurang dari tiga peratus sahaja.

WIRA2035-001PKR dilihat mengambil risiko dengan bertanding dikerusi-kerusi sukar terutamanya di Sabah dan Sarawak? Adakah DAP akan berkongsi beban itu?

DAP sangat gembira dan sentiasa berlapang dada untuk membantu PAS dan PKR dengan mengambil beberapa kerusi sukar. Di Sabah dan Sarawak, kita sangat memahami betapa susahnya keadaan geografi, kewangan dan tenaga kerja serta pelbagai kekangan dalam berkempen di kawasan luar bandar.

Sesetengah pihak mendakwa DAP mengambil banyak kerusi ‘boleh menang’ berbanding PKR dan PAS serta tidak bersedia berkorban dengan mengambil kerusi sukar. Ingin saya jelaskan, sebagai rekod, DAP telah bertanding di Johor dalam beberapa PRU sebelum 2008 tanpa sebarang kerusi pun pernah dimenangi. Begitu juga di Pulau Pinang, DAP hanya memenangi satu kerusi negeri itu pada PRU 1995, 1999 dan 2004.

Apabila tsunami politik 2008, DAP dikatakan mendapat durian runtuh di Pulau Pinang dengan memenangi dinegeri itu. Ini tidak betul, kerana kemenangan kita adalah melalui langkah berhemah bekerja keras memasuki seluruh pelusuk negeri. Bagaimana kami boleh membentuk kerajaan tanpa melalui saat-saat sukar? Usaha dan ketabahan kami memenangi hati rakyatlah yang berjaya membuatkan mereka yakin dan percaya bahawa perubahan akan membawa masa depan mereka menjadi lebih cerah.

Dalam usaha untuk mencapai kemenangan di kerusi-kerusi sukar, PR perlu meningkatkan kerjasama di kalangan semua pihak. Sebagai contoh di Kuala Lumpur baru-baru ini, PR telah berdiri dengan satu perjuangan yang sama iaitu memprotes kenaikan kadar cukai taksiran. Ini adalah gambaran jelas bahawa PR sememangnya akrab dan hadir
memperjuangkan nasib rakyat dengan satu tujuan.

Persiapan untuk PRU seterusnya?

DAP akan mencari untuk mengenal pasti dan menyedia calon bukan Cina untuk PRU akan datang. Proses ini berterusan.

DAP harus bersiap sedia dan melangkaui pengundi lain terutamanya orang Melayu, ia adalah satu cabaran besar untuk kami kerana kebanyakkan pengundi pro PR Melayu lebih menumpukan pada PKR dan PAS sebagai pilihan pertama dan DAP pula telah dimomokkan oleh media arus perdana kawalan UMNO sebagai parti Cina anti Melayu dan parti cauvinis sekian lama. Kita perlu bekerja keras menangkis dan menghakis label yang diberikan ini.

Walaupun di propagandakan dengan imej buruk, tapi DAP mendapat perkembangan positif apabila tetap berjaya memperoleh kemenangan melalui calon Melayu dan India.

Bagaimana pula tentang kepelbagaian budaya dalam DAP?

Ia merupakan satu perjalanan sukar bagi DAP untuk menerapkan kepelbagaian budaya di semua peringkat organisasi parti. Di peringkat kebangsaan, semua pimpinan memahami cita-cita kepelbagaian budaya dan sentiasa mengetengahkannya. Namun, diperingkat akar umbi, solekan etnik masih menebal. Maksudnya, orang Cina dengan orang Cina, India dengan India.

WIRA2112Ini merupakan satu realiti yang cukup berat untuk kami selesaikan, kebanyakkan mereka juga contohnya di luar bandar, desa dan kampung tidak berpendidikan tinggi dan masih tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.

Pulau Pinang sebagai negeri contoh? Setakat mana keberkesanan Pulau Pinang yang disebut-sebut sebagai model pentadbiran PR terutama untuk orang Melayu?

Ini dapat dilihat apabila PAS sendiri menghargai segala usaha yang dilakukan DAP di Pulau Pinang terutamanya untuk orang Islam dari segi peruntukan kewangan dan pelbagai dasar agama yang jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan BN sebelum 2008.

Bantuan yang diberikan kepada orang Melayu kita tekankan untuk warga miskin melalui Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan program bantuan kemiskinan lainnya. Kesemua mereka berterima kasih dengan apa yang kita sumbangkan dan juga menyatakan PR dan DAP lebih baik daripada dasar Melayu berat sebelah BN.

Apa yang kita lakukan mencerminkan betapa DAP berdiri teguh dan berjuang untuk semua sepanjang dekad pentadbiran di Pulau Pinang, kesamarataan dan menjaga semua kaum adalah prinsip utama kami. Ia juga membuktikan DAP bukannya parti anti Melayu atau anti Islam seperti yang didakwa media UMNO.

Sebagai rekod, dalam PRU 13 kita berjaya memenangi lebih banyak kerusi disana berbanding 2008, ramai antara pengundi itu dari kalangan orang Melayu. DAP dan PR berjaya mengekalkan semua kerusi di peringkat negeri malah menambah satu lagi kerusi, peningkatan itu juga amat ketara sekali.

Secara amnya, banyak pujian yang saya terima mengenai pentadbiran PR di Pulau Pinang yang bukan saja datang dari penyokong tapi daripada pengundi serta pengamal media. – Roketkini.com