Berita

Tangguh kenaikan tol tidak selesai masalah, hanya untuk hadapi PRK Kajang – Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI: Keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol dengan membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat konsesi dianggap hanya langkah sementara bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, langkah itu juga tidak menyelesaikan masalah sebenar, sebaliknya menangguhkan kenaikan dengan kos yang amat besar.

“Kerajaan gagal mencari penyelesaian kekal terhadap masalah ini dan kegagalan itu mengorbankan kos RM400 juta. Sedangkan wang itu boleh disalurkan dengan lebih baik terhadap hal penting untuk membantu rakyat.

“Pampasan itu akhirnya datang daripada rakyat sendiri. Pasti akan ada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung pampasan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, kerajaan perlu berhenti menangguh isu itu dengan cara memberi pampasan, sebaliknya mencari jalan muktamad kerana ia hanya merugikan wang rakyat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang media di Putrajaya mengumumkan, tiada kenaikan tol tahun ini kerana kerajaan akan membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat konsesi.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP itu juga menggesa kerajaan mencari jalan untuk membuat rundingan semula perjanjian konsesi serta menggubal undang-undang baru jika perlu.

“Perlu ada had pada kadar keuntungan dan tempoh (konsesi) dan jika tiada, Parlimen perlu menggubal untuk mengadakannya.

“Undang-undang sebegitu perlu dibentuk bagi menghadapi kontrak yang membebankan rakyat. Ia perlu benarkan kontrak itu dikaji dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut Gobind lagi, beliau sendiri sudah berulang kali membawa isu itu ke Parlimen.

“Walaupun kerajaan ada janji sebelum ini untuk mencari penyelesaian tapi jelas tiada apa-apa yang terhasil. Bagi saya, mereka tiada kesungguhan untuk menyelesaikan ma