Berita

DAP Sarawak, Pakatan Rakyat perlu bersiap hadapi Pilihan Raya Negeri pada bila-bila masa – Kit Siang

KUALA LUMPUR, 11 FEBRUARI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjangka Pilihan Raya Umum ke-11 Sarawak boleh diadakan bila-bila masa selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) genap tiga tahun pada 16 April ini.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah bersedia untuk meletakkan jawatan yang disandang hampir 33 tahun pada akhir bulan ini.

“Saya berharap Ketua Menteri Sarawak yang baru akan melantik sama ada Timbalan Presiden PBB, Abang Johari Openg atau Naib Presiden Kanan PBB, Awang Tengah Ali Hassan atau Ketua Penerangan PBB, Adenan Satem untuk menerajui negeri Sarawak sebelum mendapat mandat baru daripada pengundi selepas 12 atau 18 bulan.

“Untuk itu, DAP Sarawak dan Pakatan Rakyat mesti menyiapkan diri untuk menghadapi Pilihan Raya DUN ke-11 untuk tiga tahun selepas 16 April ini,” katanya dalam kenyataan media.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, beliau tidak akan terkejut jika Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan selepas 16 April ini.-Roketkini.com