Berita

Dr Mahathir mesti bertanggungjawab, mohon maaf kepada 108 orang ditahan dalam Ops Lalang

KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mesti bertanggungjawab dan memohon maaf terhadap 108 orang yang ditahan dalam Ops Lalang pada 1987.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang adalah antara mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang.

Perdana Menteri yang paling lama di Malaysia itu dilaporkan telah menafikan beliau bertanggungjawab terhadap Ops Lalang pada 1987 itu.

Lebih daripada 100 pemimpin politik dan aktivis sosial ditahan ketika Ops Lalang, kononnya untuk mengelak berlakunya rusuhan kaum di Kuala Lumpur.

Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, semalam mendakwa Dr Mahathir menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab ketika Ops Lalang.

Dr Mahathir mendakwa beliau ketika itu berada di China dan Ops Lalang dijalankan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Musa Hitam

“Dr Mahathir seolah-olah melakukan amnesia terpilih, seperti apabila dia memberi keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja ke dalam video VK Lingam ,” kata Kit Siang.

“Ketika RCI, Dr Mahathir mendakwa beliau tidak ingat apa-apa mengenai kejadian berkaitan dengan skandal menetapkan pelantikan hakim.

“Sekarang Dr Mahathir menunjukkan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan ketika sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, walaupun Dr Mahathir boleh berbohong, tetapi dia tidak dapat mengubah fakta sejarah dengan sewenang-wenangnya.

“Tun Musa yang akan menyambut ulang tahun ke-80 tidak lama lagi adalah Menteri Dalam Negeri yang pertama ketika pemerintahan Dr Mahathir.

“Musa menjadi Menteri Utama di antara 1981 dan 1986, sebelum berhenti sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir tidak boleh menafikan perkara itu kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri ketika Ops Lalang dilancarkan pada 1987 dan lebih daripada 100 orang ditahan mengikut ISA.

“Saya masih ingat pada April 1987, Musa bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba bagi merebut dua jawatan tertinggi dalam UMNO.

“Tengku Razaleigh tewas tipis 43 undi kepada Dr Mahathir selepas berlaku bekalan eletrik terputus sebagai tipu muslihat pada pemilihan itu.

“Ini menyebabkan UMNO diisytiharkan haram kerana menyalahi undang-undang sebelum Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru, ” kata Kit Siang.

Menurut beliau, Dr Mahathir berada di Vancouver, Kanada kerana menghadiri mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) sebelum tahanan beramai-ramai dalam Ops Lalang.

“Dr Mahathir melakukan cara yang paling tidak layak dan pengecut apabila menafikan beliau bertanggungjawab dalam Ops Lalang sedangkan ketika itu beliau adalah Menteri Dalam Negeri,” tambahnya.

Lim berkata, selepas Musa meletakkan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir mengambil alih portfolio itu dan mengekalkan cengkaman sehingga 1999 sebelum Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pemerintahan negara.

“Oleh kerana Dr Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri selama 14 tahun, ini menyebabkan Projek Mahathir, di mana pendatang tanpa izin di Sabah dikeluarkan kad pengenalan dengan sewenang-wenangnya,” kata Lim.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut ditahan dalam Ops Lalang dibersihkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada sebarang pembabitan.

Guan Eng berkata, Dr Mahathir bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ops Lalang kerana beliau biasa dengan episod itu.

“Saya adalah orang pertama yang ditahan dalam Ops Lalang dan terakhir dibebaskan. Tujuan operasi itu kononnya untuk mengelak berulangnya rusuhan kaum 1969.

“Tahanan saya dan pemimpin DAP lain termasuk Karpal Singh dan Kit Siang, semuanya ditandatangani Dr Mahathir,” kata Guan Eng.

“Antara sebab penahanan saya tanpa bicara mengikut ISA kerana mempertahankan pendidikan Cina,” katanya.

Menurut Guan Eng, Anwar sudah bertaubat ketika bercakap dalam pembelaannya apabila dipenjarakan pada 1998.

Percubaan untuk mengaitkan Anwar dengan Ops Lalang dan rusuhan kaum 13 Mei 1969 – kedua-dua titik perbalahan sejarah masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Kecil Kajang, 23 Mac ini.-Roketkini.com