Rencana

Dua kali lima: Negara ini namanya Malaysia atau Barisan Nasional?

Bi6ZZCGCAAA3z0KPARLIMEN Malaysia diwakili oleh Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia. Parlimen bukan milik mana-mana parti melainkan mewakili keseluruhan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Malah, undi popular yang diterima oleh semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam PRU13 adalah 52 peratus. Itu tandanya wakil rakyat Pakatan memang mendapat majoriti undi rakyat Malaysia.

Tapi oleh kerana manipulasi sempadan pilihanraya, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan mereka walaupun gagal mendapat undi popular rakyat.

Setelah kuasa diperolehi dengan cara yang kurang “halal” itu, jemaah menteri BN menjadi semakin angkuh dan sombong, dan ada pula yang kurang cerdik tapi berlagak pandai.

Entah apalah yang ditaklimatkan kepada semua Ahli Parlimen BN mengenai kehilangan pesawat MH370 di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur semalam. Ini isu terpenting negara, jadi perhatian dunia. Maka, tidak pelik kalau kita semua ingin tahu.

Namun apakan daya, taklimat itu khas untuk Ahli Parlimen BN sahaja. Jemput pun senyap-senyap. Entah macam mana, surat jemputan yang ditandatangani menteri Hishammuddin Hussein boleh kantoi dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat telah dipinggirkan daripada sesi taklimat. Ini bererti 52 peratus rakyat yang menyokong Pakatan berada dalam gelap kerana kerajaan BN menyembunyikan maklumat penting MH370 daripada wakil-wakil Pakatan.

Nampaknya perbuatan sorok-sorok ini yang sudah terdedah di mata dunia atas kepincangan kerajaan BN menangani isu MH370 masih mahu dipermain-mainkan lagi di dalam negara sendiri. Malah Hishammuddin masih menyangka rakyat Malaysia masih tolol dan bahlol apabila berkata dalam satu sidang media semalam, “Pencarian (MH370) adalah lebih penting daripada politik, politik tidak penting di sini.”

Ada 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili 52 peratus undi popular. BN tak boleh buat negara ini macam bapak dia punya.

Ya, bapa Najib pernah jadi PM, bapa Hishammuddin pun pernah jadi PM. Tapi mereka tak pernah pun buat negara ini macam kepunyaan sendiri, atau kepunyaan isteri sendiri. Tun Razak dan Tun Hussein tetap hormat rakyat walaupun mereka dari parti UMNO. – Roketkini.com