Berita

MH370: Pemimpin DAP ucap takziah

KUALA LUMPUR, 25 MAC: DAP mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa termasuk penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berikutan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak, malam tadi.

Pada sidang media tergempar malam tadi, Perdana Menteri memberitahu bahawa kedudukan terakhir pesawat MH370 adalah di Selatan Lautan Hindi, selepas lebih dua minggu usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Pemimpin dan wakil rakyat DAP dari seluruh negara yang mengikuti perkembangan sidang media itu meluahkan kesedihan mereka melalui laman sosial Twitter sejak semalam.

Antara yang terawal ialah Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang menulis di Twitter, “Deepest condolences to the families of those on board MH370. Praying God’s comfort over you as you receive this closure.” (Takziah kepada keluarga penumpang MH370. Saya berdoa semoga Tuhan memberikan anda ketenangan di saat anda menerima berita ini)

Ia diikuti oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menulis, “Saddest 4families relatives friends of 239 on board MH370 – that they have perished in South Indian 0cean. Not just them but a crying world.” (Sangat sedih untuk keluarga dan sahabat handai 239 penumpang MH370 – Mereka hilang di Selatan Lautan Hindi. Bukan sahaja mereka, malah seluruh dunia bersedih)

Pengarah Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming pula menulis, “Can’t imagine what my family would b feeling at this moment if I was on #MH370, thoughts n prayers go out 2 the loved ones of the passengers (Saya tak dapat bayangkan apa perasaan ahli keluarga ketika ini jika saya berada dalam pesawat MH370, ingatan dan doa saya buat ahli keluarga penumpang)

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok melalui akaun Twitternya juga menulis, “I pray that God will comfort n strengthen all d families n love ones of d victims of MH370. May d souls of d victims Rest In Peace w d Maker.” (Saya berdoa semoga Tuhan memberi ketenangan dan kekuatan kepada ahli keluarga mangsa MH370. Moga roh semua mangsa aman di sisi Tuhan)

Barangkali tidak dapat melahirkan sebaknya, Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong sekadar menulis “A nation united in sadness” (Sebuah negara, bersatu dalam kesedihan) di akaun Twitternya.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula menulis, “The announcement by @NajibRazak is heartbreaking. If we can’t bring back the crew and passengers, I hope we at least bring back the truth” (Pengumuman yang dibuat Najib Razak amat menyayat hati. Jika kita tidak dapat membawa pulang anak kapal dan penumpang, saya harap sekurang-kurangnya dapat membawa pulang kebenaran)

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut sedih beliau melalui Twitter dengan berkata, “Condolences cannot suffice 2express yr crushing loss. Sad after all the prayers of hope. (Takziah sahaja tidak cukup untuk menganggapi kehilangan anda yang begitu menyayat hati. Amat sedih setelah begitu banyak doa dan harapan)

Pesawat MH370 Boeing 777-200 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing awal pagi 8 Mac lalu. Misi pencarian tetap diteruskan. – Roketkini.com